18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.

Kisah-kisah ‘KITA’

Leave a comment

Dikisahkan beberapa teladan yang amat rapat dengan jiwa dan raga kita. (Hanya jika kita bekerja seperti mereka)

Dr. Yusuf Al Qaradhawi

Ketika memasuki penjara, para pengawal sudah menyiapkan diri untuk menerima kami dengan sambutan yang lazim kami terima: Cemeti berduri yang dipukulkan pada punggung kami, tengkingan-tengkingan yang memekakkan telinga,  dan pandangan penghinaan yang merendahkan pandangan kami.

Itu belum seberapa. Alat penggiling diputar dengan laju. Bukan untuk menggiling gandum. Tapi untuk menggiling manusia yang ada di bawahnya. Penyeksaan fizikal, penghinaan mental. Dengan penyeksaan ini, mereka ingin seorang tahanan itu hilang sifat kemanusiaannya, lalu bersikap seperti binatang yang diikat. Tidak punya kehormatan lagi, tidak ada kemuliaan dan tidak ada hak apapun.

Sedangkan kepada binatang pun seharusnya tetap ada kasih sayang dan  tetap harus dibantu.

“Aku dan Al Ikhwan Al Muslimin”, Prof Dr. Yusuf Al Qaradhawi

Zainab Al Ghazali Al-Jubaili

Aku masuk semula ke pejabat Shams Badran. Aku terperanjat apabila melihat Hamidah Qutb berada di hadapanku. Aku mengenalinya, tetapi dia hampir-hampir  tak mengenali aku, kerana angkara si tukang sebat.

Anjing-anjing, kesakitan, kelaparan, kehausan, dan luka-luka di tubuhku telah merubah keadaan dan rupaku.

………….

 Sebaik saja keluar, aku terus terjatuh ke lantai. Aku tersedar, lalu mereka menegakkan aku, bahkan memaksa aku berjalan dengan cepat dengan tongkatnya. Kemudian aku jatuh lagi ke lantai. Aku diperintahkan berdiri dan berjalan lagi, sedang tongkat-tongkat orang gila ini mendarat ditubuhku…

Alangkah peritnya seperti api pana rasanya.

Demikianlah keadaanku… Berjalan, jatuh lagi, berjalan dan jatuh lagi. Tukang sebat ini sungguh tidak punyai belas kasihan. Wahai tuhanku! Apakah mereka ini manusia?

“Hari-hari dalam hidupku”, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Tahanan yang dibebaskan “Rawhi Mushtaha” menemui isterinya “Raida Swidan” selepas 30 tahun penantian.
Ketika mereka bertunang, Rawhi berkata bahawa saya dikehendaki Israel. Raida menerimanya. Sejurus selepas berkahwin suaminya ditangkap Israel dan diputuskan akan dipenjarakan dalam masa yang sangat lama. Suami berulang kali menawarkan perceraian supaya isteri boleh memulakan hidup baru. Namun sekali lagi, isteri tetap memilih untuk menunggu suaminya. 2 hari yang lalu, selepas 30 tahun penantian, akhirnya Raida dapat mendakap semula suaminya, Rawhi Mustafa.

Lihatlah akhi ku, mereka ini lambang kepada kesungguhan yang tidak bertepi, serta pengorbanan yang tiada sempadan. Segala apa yang ada di hadapan, dirafakkan dengan kemas di celahan hati dengan ucapan;

Cukuplah Allah menjadi penolongku dan Dialah sebaik-baik pelindung.

Segala perit dan jerih, darah dan luka, peluh dan air mata, mereka sisipkan kemas sebagai teladan kepada kita. Ramai sudah menjengah syurga dengan gelaran syuhada’. Dan ramai juga bersorak sorai di syurga dengan luka-luka di badan yang berceranggah, terpahat jelas tanpa ragu untuk dibuktikan kepada kekasih yang Agung, Allah swt, bahawa memang benar mereka telah memperlakukan sesuatu untuk Deen ini.

Bagaimana harus kita menghadapi mereka ini kelak ya? Jika ditanyakan kepada kita, apakah yang telah kamu lakukan yang membawa kamu ke sini (syurga-kalaupun layak) wahai anakku?

Tanyakan akhi sejujur-jujurnya dalam dirimu;

Kira-kira dengan amal apa kita mahu membeli syurga ALLAH??

Leave a comment