18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


Leave a comment

Isu Palestin

Allah Ta’ala berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 75,

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.”

Saudara-saudara yang dikasihi Allah sekalian,
Saban hari kita mendengar jeritan dan tangisan saudara-saudara kita di luar sana, samada di facebook mahupun di youtube. Setiap kali melihat video-video seumpama itu, kita berasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku terhadap mereka. Kekejaman yang menjangkaui batas manusia, penindasan terhadap golongan yang lemah, rampasan tanah dan tempat tinggal yang sekian lama diduduki, siapa yang tidak simpati melihat semua ini? Sebagai seorang manusia, memang secara fitrahnya akan berasa sedemikian apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan.

Ya, itulah yang patut dirasai oleh semua orang. Tetapi, adakah kita, yang mengucap dua kalimah syahadah seperti mereka di sana, mahu berhenti hanya setakat melihat video di facebook, yang mana tidak lebih daripada satu ‘hiburan’ untuk mengisi masa lapang di kala kita menyemak laman muka buku kita, ataupun hanya sekadar berkongsi video tersebut dengan rakan sekumpulan (baca : group) di facebook? Tidak! Sama sekali tidak!

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”

Saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian,
Sebagai seorang muslim, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil berat tentang isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam. Apa yang sedang berlaku? Bagaimana ia boleh terjadi? Apakah puncanya? Semua itu haruslah berada di dalam lingkungan fikiran kita. Jikalau kita yang juga seorang muslim, tidak mampu untuk menjawab segala pertanyaan ini, maka tiada gunalah kita memarahi mereka yang melabelkan Islam sebaga agama terrorist. Kerana kitalah yang menyokong idea tersebut!

Sabda Nabi S.A.W lagi,

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Apakah kita akan membiarkan seekor nyamuk menghisap darah kita, tanpa menghalau atau membunuh nyamuk tersebut? Tidakkah gatal tempat yang dihinggap itu? Tidakkah sakit membiarkan ia membengkak merah? Maka, samalah juga dengan isu hangat yang sedanga berlaku di Timur Tengah sekarang ini. Tidakkah kita merasa sakit tatkala saudara-saudara kita disiksa, dicerca dan dibunuh? Punyakah lagi kita masa untuk tidur lena tanpa memikirkan kesakitan yang sepatutnya dirasai sekarang ini?

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bersama-sama bangkit menghalau musuh-musuh Allah ini. Sudah sekian 60 tahun lamanya kita berada dalam kesakitan, mahukah kita biarkan nyamuk-nyamuk ini terus menghinggap di bumi Palestin kita? Sama sekali tidak! Janganlah kita pernah sesekali berputus asa untuk sentiasa membantu saudara-saudara kita, samada dari segi kewangan mahupun material. Janganlah kita berhenti bergantung harap kepada Allah, sehingga rejim zionis laknatullah dikalahkan dan Al-Aqsa dibebaskan.

Firman Allah di dalam surah As-Saff,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Wahai rijal-rijal Islam sekalian,
Andai kata kamu tidak berkehendak untuk menolong agama Allah ini, jangan kamu menyesal di akhirat nanti jika janji-janji Allah terhadap hamba-hambaNya tidak dapat kamu kecapi. Moga-moga kita semua sentiasa thabat di atas jalan jihad ini dan sentiasa diredhai olehNya.