18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


Leave a comment

Hanya Gerhana~

Seronok kan kalau Islam menaungi dunia?

Islam yang mengatur kehidupan manusia seluruhnya.

Sedih kan menonton video kanak-kanak di China yang dilanggar tempoh hari? Digelek berkali-kali tanpa belas kasihan. Lebih sedih lagi, masyarakat yang lalu-lalang di situ, langsung tidak tersentuh hati untuk membantu.

Sedih kan melihat satu demi satu bayi-bayi dibuang merata-rata. Bagai sampah yang hina. Dicampak ke dalam longkang, ke dalam tong sampah, ke dalam tandas. Diratah anjing-anjing liar, dihurung lalat dan langau.

Sedikit pun tanpa rasa bersalah. Kemudian berulang lagi, dan lagi, dan lagi.

Continue reading


2 Comments

SAYONARA WINSTON

Kisah ini aku kongsikan supaya dapat dijadikan peringatan buat diriku sendiri dan juga para pembaca yang ada wawasan nak mengucapkan selamat tinggal kepada dunia jahiliyyah. Ketika berada di bangku sekolah, atas dorongan rakan-rakan sekeliling , maklumlah lepak dalam kalangan brader-brader mestilah nak kena hisap rokok, ditambah pula dengan perasaan mahu mencuba, maka bermulalah ketagihan kepada rakan baruku, Sang Winston Merah. Hisap, tarik, hembus. Hisap, tarik, hembus. Urmhhh, perasaannya tak terkata. Semakin menjadi-jadi apabila aku meninggalkan bangku sekolah kerana mula menghasilkan titik peluh sendiri dan tanpa rasa bersalah membeli sekotak demi sekotak rokok yang pada masa itu berharga RM 7.50. Nak kata rasanya enak, sememangnya tidak. Nak kata penuh berkhasiat, sememangnya penuh mudarat. Tetapi secara tidak langsung bahan kimia yang terkandung dalam setiap batang-batang rokok itu sendiri yang mambuatkan aku rasa rindu jika tidak bersama ‘mereka’.

Tetapi berasa janggal dibuatnya aku ni apabila masuk ke kolej persediaan dan dikelilingi oleh majoriti non-smoker. Hari demi hari di kolej persediaan kurasakan hidup sebagai seorang perokok tegar semakin sunyi tanpa ketiadaan rakan-rakan jenaka yang bersama-sama menghisap dan menghembus. Dalam masa yang sama, ditambah pula dengan program setiap minggu yang aku hadiri bersama rakan-rakan di kolej persediaan yang aku namakan “Program Bersama Abang Perodua”. Abang ni memang rajin datang ke tempat tinggal kami. Bagi nasihat, kongsi pengalaman belajar, dan paling banyak sekali panduan dalam beragama. Sejak aku bersama dengan Abang Perodua dan rakan-rakan non-smokerku yang lain, aku mula merasakan kehidupan yang tenang dan menggembirakan yang mana aku tidak pernah peroleh semasa zaman menghisap rokok bersama-sama rakan-rakanku dahulu.

Semenjak nikmat ini yang kurasakan, daripada  seorang active smoker aku secara perlahan-lahan bertukar menjadi silence smoker. Aku mula menanam rasa malu dalam diriku untuk mempamerkan ketagihan dalam menghisap rokok di depan rakan-rakanku yang terdiri daripada non-smoker belaka. Malang sekali, rasa ketagihan, hawa nafsu, dan godaan untuk menghisap rokok tidak dapat dihakis dalam diriku. Setelah mengubah diriku kepada silence smoker, memang sudah berkali aku cuba untuk terus berhenti menghisap rokok. Walau bagaimanapun, tak sampai 2 minggu, sebulan atau kadang-kala 2 bulan, aku akan mencari kembali rakan lamaku Sang Winston Merah. Jauh di pelusuk hatiku merasakan apa yang aku buat ni sememangnya salah dan memudaratkan diri walaupun aku tidak mempamerkan tabiat buruk ini di hadapan rakan-rakanku.

Sehinggalah pada suatu hari aku mula mengambil pelajaran daripada kesilapanku. Aku menyimpulkan bahawa aku sebenarnya tidak perlu pun menghentikan ketagihanku menghisap rokok tetapi yang aku hanya perlu buat ialah menjauhi ketagihanku ini dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Dalam bahasa yang lebih mudah, tak payahlah aku nak susah-payah nak declare aku nak berhenti hisap rokok sebab lambat laun aku akan cari balik rokok tu. Cuma perlu sibukkan diri dan secara automatik aku menjauhi ketagihanku. Sama jugalah macam perumpamaan: “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Ternyata cara ini berhasil dan aku berasa lebih cergas dan sihat. Tenyata juga cara ini lebih bertahan dalam jangka masa yang lama.

Point yang aku nak sampaikan di sini ialah setiap diri kita mempunyai kelemahan diri masing-masing, tapi dalam masa yang sama kita mempunyai keinginan untuk MENGUBAH keadaan sekeliling kita menjadi lebih baik. Sememangnya kita tiada cara lain melainkan kita MEMPERBAIKI diri kita dahulu sebelum bertindak ke atas orang lain. Aku amat yakin bahawa segelintir daripada kalian juga mempunyai tabiat buruk yang tidak ingin diteruskan pada masa akan datang. Jadi, tidak perlu menyeksa diri, menyusahkan diri bertahan supaya tidak melakukan tabiat buruk tersebut tetapi aktifkanlah diri dengan pelbagai aktiviti sihat atau lebih baik lagi aktiviti bersama SAUDARA-SAUDARA MUSLIM di sekeliling kita dan nescaya, secara tidak langsung kita mampu menjauhi tabiat buruk kita itu dengan lebih mudah.

Wallahu’alam


1 Comment

Mata wang Akhirat

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan. Satu berita yang mungkin mengubah hidup kita. Khususnya bagi pelajar-pelajar yang sedang berada di Jepun.

Alhamdulillah, cuti yang paling panjang di Jepun, cuti musim panas telah pun berlalu. Kini, semua pelajar yang telah pulang ke tanah air untuk melepaskan rindu, berjumpa dengan keluarga yang tercinta, sudah pun kembali ke medan perang masing-masing.

Tetapi, pada waktu itu, 1001 kerisauan timbul dalam pemikiran mereka samada yang sedang bersiap untuk pulang ke Jepun, mahupun yang sedang beraya di Jepun.
Bermacam-macam jangkaan dan ramalan dikeluarkan gara-gara kenaikan nilai mata wang Jepun iaitu yen.

“Habislah kita, nanti JPA suruh kita balik belajar dekat Malaysia je….”

“Fuh, kena saving ni. Nanti boleh sambung sendiri belajar kalau MARA tarik biasiswa…”

Tetapi, dalam masa yang sama, ada juga yang mengendahkan segala risiko tersebut. Bahkan berasa lagi seronok dengan kenaikan tersebut.

“Woah! Nanti lepas habis belajar, kerja kat sini. Perghh… balik Malaysia jadi top millionaire la aku.”

“Tak payah kerja la macam ni. Aku bukan pakai banyak duit pun, lepas graduate, lepas tu balik Malaysia kaya la aku.”

Dan macam-macam lagi.

Dari bermacam-macam teori itulah, mereka mula berusaha untuk melakukan apa-apa yang patut untuk merealisasikan impian masing-masing.

Mangejar kebahagiaan masing-masing.

Mengejar keseronokan dan hiburan dunia.

Semuanya hanya kerana nilai mata wang.

Tetapi, kita harus ingat bahawa nilai tersebut bukanlah nilai yang kekal.

Macam mana kaya sekali pun kita di dunia ini, kita tetap tidak boleh membawa harta kita yang sebesar gunung mahupun kad ATM berkeping-keping ke akhirat.

Bukan kerana tiada mesin ATM di akhirat nanti, cuma kita terlupa untuk menukarnya kepada mata wang yang sepatutnya.

Kita mungkin akan dimaki kalau membayar tambang tren KTM (Keretapi Tanah Melayu) menggunakan wang yen.

Kita juga mungkin akan dihalau keluar jika menggunakan mata wang rupee untuk membeli pakaian di China.

Silap haribulan kita juga mungkin akan dibelasah kalau menggunakan seribu rupiah untuk membayar tambang teksi di Russia.

Kerana setiap negara mempunyai nilai mata wang tersendiri, begitu juga dengan negara akhirat yakni negara syurga.

Apa guna kita buat passport dan visa kalau tiada duit yang boleh dipakai di tangan.

Apa guna kita Islam di dunia ini kalau pahala kosong di dada.

Peluang bagi kita untuk menukar semua amalan kita kepada pahala hanyalah di dunia ini. Tiada kerja part-time mahupun institusi kerajaan dan swasta untuk sponsor kita di akhirat nanti.

Segala urusan kita di dunia ini akan dibincangkan nanti. Hanya antara kita dan Dia.

Kalau cukup pahala kita untuk bayar tambang ke syurga, selamatlah kita.

Tetapi kalau semua pahala kita habis digunakan untuk membayar hutang dosa kita, maka bersedialah kita untuk dihumban ke dalam api neraka.

Na’uzubillah…


Leave a comment

DAH BAWA BEKAL??

Baru-baru ni aku sangat tidak puas hati..

Setenang-tenang aku pun, sesabar-sabar aku pun meluap-luap perasaan marah dan ketidakpuasan hati. Walaupun depan orang aku tetap cool dan berlagak tenang hinggakan bak kata orang pijak semut pun tak mati. Tapi dalam hati ni penuh meluap-luap dengan ke’tension‘an, ketidakpuasan hati, kehilangsabaran dan bermacam-macam lagi penyakit hati yang anda boleh fikirkan..

Ya lah..mana tidaknya

Hantar email sekali.. tak reply.. ok.. busy kot

Hantar lagi sekali……. tak ada juga…

Hantar lagi dengan peringatan-pringatan dan ayat-ayat yang menikam kalbu…. masih lagi tiada

Hantar mesej handphone pula….. (sila isi sendiri)

Kalau tanya dah makan ke belum  tak nak reply takpe la.. Masalahnya program dah minggu depan, meetingnya tidak lagi, keputusannya langsung tak ada lagi.. Nak buat tak nak ni? Nanti jadi apa-apa aku lah yang kena tanggung.. Tension-tension.. Sebelum ni semangat sangat.. Sekarang bila dah sampai saat-saat genting macam ni lah nak buat hal pula..

Kata amal jamaie?

Kata ukhwah fillah?

Mana semua tu??

Janji-janji palsu je ke??

Sibuk sangat ke sampai langsung tak ada masa nak luangkan kejap. Balas mesej je pun. Ni mesti tengah futur (down). Ada la tu buat something yang Allah murka. Kalau tak jadi program salah dia la. Bukan salah aku aaa..

Continue reading


Leave a comment

Anda Terbalik?

Dan satu hari, ditakdirkanlah seorang insan jatuh sakit.

Sakit, sakit, sakit….

Tak boleh pergi kerja.

“Sakit pulak aku ni. Kena pergi jumpa doktor pula.”

Penat ambil nombor giliran, penat duduk sampai punggung bisul, penat tunggu giliran dengan bunyi bising tangisan kanak-kanak lain (manalah mak bapak diorang ni?!), dan setelah saat terasa umpama abad, akhirnya nama dipanggil. Aduh, lama betul…

Masuklah ke bilik doktor.

Setelah beberapa minit di bilik doktor, “Haa, macam mana ni doktor? Boleh sembuhkan ke?” Si doktor mula membuat muka. “Susah sikit saya nak cakap. Penyakit awak ni, bukan sebarangan penyakit. Tapi saya akan bagi awak makan ubat, pastikan awak makan tiga kali sehari sebelum makan.”

“Oh, okay.”

Balik rumah. Makan ubat… dan setelah beberapa hari kemudian….

Sudah. Makin pening kepala. Tidur tak lena, panas sahaja terasa kepala. Macam dah tak bermaya. “Kenapa tak sembuh lagi ni? Tiga kali sehari? Betul lah apa yang aku buat ni. Aduhai doktor ni. Entah-entah main kasi je ubat. Aduh, kena jumpa doktor lagi…”

Ditakdirkan bila berjumpa dengan doktor keesokan harinya:

“Mmmm, nampaknya penyakit awak dah makin teruk. Saya sarankan awak pergi hospital sebab melihat dari keadaan awak ni, awak kena buat pembedahan.”

Bergema perkataan “pembedahan” dalam telinga. Pembedahan?

“Hah? Pembedahan? Kenapa?”

Perasaan risau mula meresap ke setiap sudut badan. “Ah, okay, camni lah. Buat pembedahan. Pastu orait lah.” Kata-kata yang dicampur perasaan cemas dan perasaan ingin tenangkan diri sendiri. “Takpa, takpa, jangan risau, pembedahan je.

Seminggu kemudian setelah pembedahan yang dilakukan di hospital swasta ternama….

Malang sekali. Terus satu badan tak mampu bergerak. Pandangan mata kabur. Hanya kedengaran bunyi orang lalu lalang di luar bilik pesakit. Kadangkala terdengarlah juga suara doktor yang datang ke bilik pesakit, dengan kedengaran yang semakin kabur, dapatlah dengar kata-kata seperti “Harapan tipis”, “Kita dah buat yang terbaik dah tapi…” dan “Mungkin tak dapat sembuh.”

Air mata mula membasahi pipi.

“Kenapa? Kenapa?”

Di saat itu, di saat segala harapan sudah pun tidak lagi kelihatan, bibirnya mula berdoa, berdoa meminta disembuhkan penyakitnya itu, tidak henti lidah berdoa kepada-Nya.

Renungkan balik.

Dia sakit.

Dia pergi jumpa doktor dengan harapan penyakit dia boleh sembuh. Tak sembuh.

Dia makan ubat yang diberi. Tak sembuh.

Dia menjalani pembedahan. Tak sembuh.

Dan dalam keadaan terbaring dan tiada harapan lain, dia meminta pertolongan Allah.

Jadi?

Mana satu sebenarnya yang kita yakin? Doktor? Ubat? Pembedahan? Atau Allah?

Mana satu yang kita letakkan sebagai harapan utama? Doktor? Ubat? Pembedahan? Atau Allah?

Dari keadaan di atas, kita dapat lihat, keyakinannya, imannya, pada doktor, ubat, pembedahan, dan akhir sekali bila semuanya gagal, barulah dia minta pertolongan Allah.

TERBALIK.

Sepatutnya susunannya terbalik. Yakin pada Allah dahulu, bukan doktor, bukan ubat, dan juga bukan pembedahan.

Anda bagaimana pula?

Wallahualam….


Leave a comment

Kisah-kisah ‘KITA’

Dikisahkan beberapa teladan yang amat rapat dengan jiwa dan raga kita. (Hanya jika kita bekerja seperti mereka)

Dr. Yusuf Al Qaradhawi

Ketika memasuki penjara, para pengawal sudah menyiapkan diri untuk menerima kami dengan sambutan yang lazim kami terima: Cemeti berduri yang dipukulkan pada punggung kami, tengkingan-tengkingan yang memekakkan telinga,  dan pandangan penghinaan yang merendahkan pandangan kami.

Itu belum seberapa. Alat penggiling diputar dengan laju. Bukan untuk menggiling gandum. Tapi untuk menggiling manusia yang ada di bawahnya. Penyeksaan fizikal, penghinaan mental. Dengan penyeksaan ini, mereka ingin seorang tahanan itu hilang sifat kemanusiaannya, lalu bersikap seperti binatang yang diikat. Tidak punya kehormatan lagi, tidak ada kemuliaan dan tidak ada hak apapun.

Sedangkan kepada binatang pun seharusnya tetap ada kasih sayang dan  tetap harus dibantu.

“Aku dan Al Ikhwan Al Muslimin”, Prof Dr. Yusuf Al Qaradhawi

Zainab Al Ghazali Al-Jubaili

Aku masuk semula ke pejabat Shams Badran. Aku terperanjat apabila melihat Hamidah Qutb berada di hadapanku. Aku mengenalinya, tetapi dia hampir-hampir  tak mengenali aku, kerana angkara si tukang sebat.

Anjing-anjing, kesakitan, kelaparan, kehausan, dan luka-luka di tubuhku telah merubah keadaan dan rupaku.

………….

 Sebaik saja keluar, aku terus terjatuh ke lantai. Aku tersedar, lalu mereka menegakkan aku, bahkan memaksa aku berjalan dengan cepat dengan tongkatnya. Kemudian aku jatuh lagi ke lantai. Aku diperintahkan berdiri dan berjalan lagi, sedang tongkat-tongkat orang gila ini mendarat ditubuhku…

Alangkah peritnya seperti api pana rasanya.

Demikianlah keadaanku… Berjalan, jatuh lagi, berjalan dan jatuh lagi. Tukang sebat ini sungguh tidak punyai belas kasihan. Wahai tuhanku! Apakah mereka ini manusia?

“Hari-hari dalam hidupku”, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Tahanan yang dibebaskan “Rawhi Mushtaha” menemui isterinya “Raida Swidan” selepas 30 tahun penantian.
Ketika mereka bertunang, Rawhi berkata bahawa saya dikehendaki Israel. Raida menerimanya. Sejurus selepas berkahwin suaminya ditangkap Israel dan diputuskan akan dipenjarakan dalam masa yang sangat lama. Suami berulang kali menawarkan perceraian supaya isteri boleh memulakan hidup baru. Namun sekali lagi, isteri tetap memilih untuk menunggu suaminya. 2 hari yang lalu, selepas 30 tahun penantian, akhirnya Raida dapat mendakap semula suaminya, Rawhi Mustafa.

Lihatlah akhi ku, mereka ini lambang kepada kesungguhan yang tidak bertepi, serta pengorbanan yang tiada sempadan. Segala apa yang ada di hadapan, dirafakkan dengan kemas di celahan hati dengan ucapan;

Cukuplah Allah menjadi penolongku dan Dialah sebaik-baik pelindung.

Segala perit dan jerih, darah dan luka, peluh dan air mata, mereka sisipkan kemas sebagai teladan kepada kita. Ramai sudah menjengah syurga dengan gelaran syuhada’. Dan ramai juga bersorak sorai di syurga dengan luka-luka di badan yang berceranggah, terpahat jelas tanpa ragu untuk dibuktikan kepada kekasih yang Agung, Allah swt, bahawa memang benar mereka telah memperlakukan sesuatu untuk Deen ini.

Bagaimana harus kita menghadapi mereka ini kelak ya? Jika ditanyakan kepada kita, apakah yang telah kamu lakukan yang membawa kamu ke sini (syurga-kalaupun layak) wahai anakku?

Tanyakan akhi sejujur-jujurnya dalam dirimu;

Kira-kira dengan amal apa kita mahu membeli syurga ALLAH??


Leave a comment

Ia Bersinar tapi Tak Tersinar

Secebis pengalaman seorang pelajar di negara asing…

Cuba perkenalkan diri depan kelas.

Ataupun bagi yang dah perkenalkan diri pada kelas, cuba imbas kembali ayat-ayat kita.

(Renung sebentar)

Ingat?

OK, secara umumnya kita akan sebut nama kita kan?

“Memanglah, dah namanya memperkenalkan diri.”

OK, sabar dulu. Selepas kita sebut nama kita, apa perkara seterusnya yang kita sebut?

“Saya datang dari Malaysia.”

Ha. Dapat tangkap?

Continue reading