18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


Leave a comment

Complexity

What is your first step?

To live means to face complexity

Start with the most important things

First things first

Advertisements


2 Comments

Rambang Mata

Kelebihan ber’usrah’ di luar negara ini, kita akan terdedah dengan kedudukan sesama ahli usrah yang terletak beratus kilometer dari kita sendiri.

Ada yang memakan berjam-jam perjalanan menaiki keretapi, dan tak kurang juga perjalanannya yang santak dari pagi ke malam mengeraskan peha di dalam bas.

Nah itu cerita cabaran.

Tapi di sebalik cabaran-cabaran tersebut yang menjanjikan ikatan ukhuwah yang indah demi Allah swt, terdapat juga keenakan yang tak bisa dinikmati melainkan oleh orang-orang ber’usrah’ jarak jauh.

Itulah kenikmatan bermusafir.
Pastinya, jika selama ini apa yang berada di depan mata itulah yang terbaik bagi sesetengah kita. Seolah tiada apa yang mampu menandinginya, baik dari segi cantiknya senibina bangunan, kecanggihan kemudahan awam, pesona hiasan alam yang menambat hati dan berbagai-bagai lagi.

Semua itu bakal terhapus tatkala kaki melangkah untuk bermusafir.

Haa…baru tahu tinggi rendah langit!

Barulah terbuka mata dan ternganga mulut melihatkan di tempat sahabat kita juga punyai keindahan yang tersendiri.

Di kala mata ralit menancap pandangan sekitar, kadang-kadang terdetik di hati sesetengah kita,

“Masya Allah, hebatnya kemudahan yang ada di universiti dia ni…”, bisa terpacul dek melihatkan sofa yang empuk berwarna hijau dalam bilik berhawa dingin yang tertutup rapi dari gangguan bunyi dan pandangan sekitar, ditambah dengan akses internet tanpa wayar 24 jam, dan yang paling utama, terletak tanda baca, ‘Only for Foreign Student’. Selain selesa untuk bersolat, pastinya ianya syurga untuk pelajar luar seperti kita yang berada di Jepun ini, setidak-tidaknya syurga untuk menjadi ‘port’ tidur.

Maka bertambah-tambah cemburulah kita bila mengenangkan di universiti kita yang ada hanyalah kerusi kayu makmal berkaki tiga yang berbau dan terletak di tengah alam, yang memungkinkan segala bunyi menerjah cuping telinga kita, ditambah akses internet yang malu-malu untuk bersambung. Jangankan untuk tidur, untuk makan di situ sekalipun lebih rela kita berpuasa sunat.

“Kalau aku berada di universiti dia ni, pasti saja akan aku habiskan masa aku untuk menelaah. Akan aku manfaatkan keselesaan yang diberikan. Jangan haraplah aku akan berada di bilik. Mesti kalau korang jumpa aku, samada aku tengah ber’study group’ atau tengah menyiapkan assignment ”.

Detik hati sesetengah kita sambil mengimbas keindahan universiti saudara kita tersebut.

“Ini tidak, dapat universiti tua macam aku sekarang ni, memang patutlah aku malas pergi kampus”.

Bagi kebanyakan kita, pasti sahaja getusan hati seumpama itu bakal mengukir senyuman sinis jika ianya singgah di telinga.

Kerana itulah hakikatnya manusia.

“Mengidamkan sesuatu yang kabut yang berada nan kejauhan di alam mimpi, sambil melupakan segala sesuatu yang nyata yang berada di telapak tangan.”

Hakikatnya, yang berada di kayangan itu belum tentu milik kita, maka sudah terpahat kemustahilannya untuk kita meraih apa-apa manfaat dari sesuatu yang di awang-awangan.

Sehinggakan kita lupa untuk mengusahakan segala yang telah nyata menjadi milik kita, dan telah sekian lama tertonggok di depan mata, yang mana jika diikutkan, perkara-perkara nyata dan hakiki sebegitulah yang lebih layak dimanfaati dan diusahakan.

Apa macam? Itu baru belajar…banyak lagi perkara yang kita lakukan selain belajar…

Pastinya selain belajar, ada juga perbualan-perbualan sebegini;

“Kalaulah aku ada rumah macam dia, dah lama aku jadikan pusat dakwah di Jepun ni”.

atau juga,

“Kalaulah aku ade kereta, pasti saja dah aku penuhkan hujung-hujung minggu aku berusrah di tempat jauh-jauh. Habis satu Jepun ni aku ronda buat ISK”.

mungkin juga,

“Kalaulah aku dah hafaz Quran macam dia, barulah boleh aku berdakwah.”

dan seribu satu lagi angan-angan yang rencam yang jika diperolehi barulah boleh mengorak kerja.

Ingat! di situ terdapatnya kata, ‘angan’, ‘jika diperolehi’, dan ‘barulah’.

Bukankah itulah kata kunci yang paling ampuh di muka bumi untuk kita mengelak membuat kerja dakwah?

Akhi…tugas kita bukanlah mengimpikan sesuatu di kejauhan…tetapi adalah untuk mengerjakan apa yang ada di tangan…

Berbuatlah sesuatu dengan apa yang ada di tanganmu.


Leave a comment

Khaliq, Makhluk, dan Sistemnya

Image source: http://www.freedigitalphotos.net/

Jam.

Begitu unik ciptaan. Membantu insan mengetahui masa dengan tepat. Malahan hari dan tarikh juga boleh diketahui. Yang disertakan dengan jam loceng juga tidak dilupai.

Begitu unik.

Setiap gegeriji yang berpusing, setiap jarum yang bergerak, begitu lengkap dan melengkapi bagi memastikan ciptaan yang bernama “jam” itu berfungsi.

Jam. Ciptaan yang amat unik. Sistem yang cukup teliti.

Mengapa perlu ada sistem?

Sudah tentu, jika tiada, tidak berfungsi jam itu. Tidak berpusing gegerijinya, tidak bergerak jarumnya. Tanpa sistem jam itu, tidak akan jam itu dapat berfungsi dengan baik, bahkan mungkin akan rosak hancur lerai terus.

Siapa yang tentukan sistemnya?

Manusia.

Kenapa? Sudah tentu, kerana manusia yang ciptakannya, maka manusialah yang lebih mengetahui sistemnya. Manusialah khaliq (pencipta) nya, dan jam itulah makhluk (yang dicipta) nya.

Begitu unik, manusia itu boleh mencipta.

TAPI…

Lagi unik pencipta manusia. Tidak lain yang Maha Pencipta itu sendiri.

Dan sudah tentu manusia itu sendiri ada sistemnya, sistem yang jikalau tidak dipatuhi, maka boleh rosak hancur lerai manusia itu sendiri. Sistem yang telah ditetapkan oleh-Nya, kerana Dialah yang mencipta manusia.

Apa sistem kita?

Tidak lain tidak bukan, cara hidup yang syumul (lengkap) lagi alami…

ISLAM itu sendiri.


1 Comment

Sebiru Hari Ini~

Amaran : Ini bukan artikel jiwang.

Saya melontar pandangan jauh ke luar jendela tren (baca : densya) yang sedang bergerak sederhana laju. Pandangan saya dibawa menjamah kawasan padang kecil (saya rasa sawah padi). Ada seorang pak cik sederhana tua, berbasikal, mengayuh perlahan-lahan di lorong kecil sebelah kawasan padang tersebut. Dari jauh, deretan bukit berdiri kukuh melatari pemandangan, dengan burung-burung kecil berterbangan riang di awan biru yang luas dan indah.

Kehidupan yang indah. Tenang. Dan patut disyukuri.

Sebenarnya saya dalam perjalanan untuk berbulatan gembira (istilah ini dicuri dipinjam dari blog Ini). Selalunya saya tidak suka melayan perasaan begini (hehe – senyum sendiri). Biasanya saya akan menghabiskan masa 2-3 jam ini, dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, seperti, tidur membaca buku, melayan facebook membaca terjemahan Quran, mendengar lagu mp3 ceramah, dan lain-lain.

Krisis identiti (melontar pandangan ke luar jendela tren) ini berlaku apabila, jari saya dengan gatal menekan aplikasi Facebook pada iphone 4 di tangan, maka terpaparlah di ruangan paling atas, kata-kata oleh sahabat saya di Korea :

“What if you woke up today with only the things you thanked Allah for yesterday?”

Dengan senyuman nakal, jari-jari yang gatal ni pantas menaip,

“I’ll be surprised that nothing left but you”

Hampir-hampir jari yang gatal ini menekan bahagian ‘send’, tiba-tiba…

PANG!!

Wajah saya ditampar kewarasan akal, dan hati begitu pedih dicucuk-cucuk jarum keinsafan sedang jiwa ditoreh-toreh dengan pisau iman (okay, sedikit dramatik…).

Maka terkulai lemah tangan yang memegang iphone di sisi, sedang pandangan dilontar jauh ke luar jendela tren.

Sedikit sebak tiba-tiba.

Cuba bayangkan, kalau hari ini kita bangun, dan yang tinggal hanyalah perkara-perkara yang kita syukuri semalam. Apa lagi yang tinggal?

Kalau untuk saya yang penuh noda ini, memang tiada apa yang tinggal.

Tiada udara untuk bernafas.

Tiada makanan untuk mengisi perut yang lapar.

Tiada walau setitik air untuk minum.

Tiada telefon untuk menghubungi keluarga di Malaysia. Eh, keluarga di Malaysia pun menjadi tiada!

Tiada duit.

Tiada segala-galanya.

Anda bagaimana?

Kadang-kadang kita ambil mudah dengan semua perkara. We took things for granted. Sesetengah perkara, terlalu biasa untuk kita peroleh, (contohnya udara) sehingga kadang-kadang kita terlupa untuk berhenti sejenak dalam kehidupan yang sangat sibuk ini, dan merenung nikmat-nikmat kecil ini sambil mengucap syukur.

Jom, kita duduk sekejap.

Merenung dan bersyukur.

Nikmat-nikmat kecil, yang jarang kita syukuri~

Alhamdulillah.

Thank you, Allah.

ps : sudah lah baru beberapa hari lepas menulis artikel “Tentang Tokyo dan Orang Desa”, memang rasa terpukul membaca ‘status Facebook’ sahabat saya itu. Sungguh diri ini jarang bersyukur. Astaghfirullah.

pss : kepada sahabat saya di Korea itu, saya bersyukur berkenalan dengan anda.

psss : kepada anda para pembaca, tulislah perkara-perkara yang baik sahaja di Facebook ya… Supaya orang-orang nakal seperti saya selalu mendapat manfaat dari anda. 🙂


Leave a comment

Ujian dan Insyirah

“Hari ni ada test lagi?”

“Ya, masa kedua.”

“Aduh…..”

Bila sekali dahi (tidak kiralah samada berkedut atau tidak) sudah dicop sebagai seorang pelajar/student/penuntut ilmu atau yang sewaktu dengannya, ‘fenomena’ ujian ini tidak pernah henti daripada datang tanpa diundang. Nak atau tidak, rempuh sahajalah…

“…………………..”

“Jangan tanya macam mana test tadi…”

Frust, tension, perasaan nak rebus semua mi maggi di dapur… memang ini lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar.Tapi, masihkah kita sedar bahawa:

“Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan” (94:5)

“Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan” (94.6)

Sesiapa sahaja boleh tension, tidak kira umur, jantina, kerjaya, bangsa atau warganegara.

Tapi yang membuat kita lain dari yang lain ialah bagaimana kita menguruskan semua ini. Cuba kita tengok negara Jepun dan rakyatnya, negara yang kadar bunuh diri nya amat tinggi. Dari segi pencapaian akademiknya, rakyatnya amatlah pandai, kira tanpa guna kalkulator, nilai square root semua di hujung jari… Tetapi rohaninya? Tibanya waktu ujian dari Allah tiba kepada mereka, adakah mereka dapat menguruskannya?

Ingatlah, Allah takkan membebankan hambanya melebihi daripada kadar kemampuannya.

Antara beberapa info mengenai Surah Al-Insyirah ini:

– Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Al-Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

– Barangsiapa membiasakan membaca surah Al-Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

– Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

– Barang siapa membaca Al-Insyirah 9 kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Semoga dengan menghayati isi kandungan Surah Al-Insyirah ini, dapatlah kita menjadi lebih teguh dalam merempuh segala jenis ujian tidak kira samada ujian akademik mahupun ujian dalam kehidupan kita, insya-Allah.


1 Comment

Last Minute

“ALAMAK! Esok dah kena hantar report, bahan apa tak cari lagi.”

“Eh, minggu depan exam ek? Lajunye! Aku study apa pun tak lagi…”

“Alaa….esok dah habis cuti dah….homework bertimbun lagi. Mati la aku…”

Mungkin kita semua dah biasa dengar (atau alami sendiri) kes-kes macam ni.
Terutamanya bagi kita yang bergelar student. Sangat popular.

Bagi kebanyakan daripada kita, kerja-kerja last minute ni amatlah biasa, seperti satu trend, yang mana kita hanya ikut sahaja tanpa memikirkan untuk mengubahnya.

Bahkan mendorong lagi kawan-kawan untuk mengamalkannya.

“Alaa…kau macam tak biasa pulak. Relax la bro…”

“Tak yah risau la. Sensei(cikgu) tak marah punya…”

“Alah, kita kan gaijin(orang asing). Buat tak tahu sudah…”

Inilah antara ayat-ayat kegemaran kita.
Merasa diri kita hebat.

Mungkin kerana memang semua yang kita lalui terjadi seperti dalam ayat kegemaran kita tu.
Tapi, apakah ia akan sentiasa begitu?

Tidak! Tidak sama sekali.

Cuba tengok kes ni…

Malangnya bagi kita, manusia yang amat terbatas pengetahuannya, tak tahu bila dateline untuk hantar report amalan kita di dunia ni.

Boleh jadi semasa kita makan.

Mungkin juga semasa kita sedang menonton TV.

Atau mungkin juga ketika kita sedang membaca artikel ini!

Masa tu, tak kan kita nak cakap kat Malaikat Izrael macam ni nanti

“Ooops, relax dulu bro…aku nak buat sembahyang taubat dulu, lepas tu kau nak buat apa, ikut kau…deal?”

Fuhh….anda berani??

Bukan ke Allah dah cakap

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (7:34)

Maka, dengan amaran tersebut, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk menyediakan report masing-masing dengan kemas dan cantik sentiasa.
twenty four-seven.

Dia bukan pensyarah atau sensei kita.
Dia boleh ambil report tu bila-bila masa Dia nak tanpa beritahu kita pun.
Kita semua tahu.
Tapi, kenapa kita masih lagi menganggap report amalan kita ni macam shukudai atau shiken kita yang biasa kita buat tu?

Sebab apa?

Sebab dah biasa.

So, janganlah kita membiasakan diri kita ni dengan kerja-kerja last minute.
Sebab Allah, dalam ayat yang dinyatakan tadi, bukan sahaja setakat memberi amaran.
Ia juga sebagai pengajaran kepada kita supaya tidak membuat kerja-kerja last minute.
Kerja-kerja yang bertangguh.

Janganlah kita sekali pun biarkan buku report kita yang tak setebal mana tu, comot dan kotor.

Janganlah biarkan ia berhabuk dipenuhi labah-labah dan sarang burung.

Dan janganlah biarkan ia hilang dari genggaman kita.

Kerana kita tak tahu bila dateline kita.

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.” (3:102)

Wallahua’lam…