18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.

Lupakah Kita?

3 Comments

LUPAKAH KITA?

Kebelakangan ni ramai para pelajar yang berkicau dengan agak kasar di facebook, gara-gara duit scholar masuk lambat. Ada yang melenting mengutuk pihak tertentu, ada yang menghapdet sindiran yang sinis, dan…. macam2 lagi….

Tetapi dalam kesemua itu ada juga yang memilih untuk bersabar, mengharapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dijanjikan. Tahniah buat anda ini. =D

Begitulah manusia, menyalahkan manusia yang lain kalau ditimpa musibah, hanya kerana kelemahan manusia yang memang serba kurang upaya.

“Manusia hanya merancang, tetapi Allah lah sebai-baik perancang.”Begitu selesa dengan kehidupan di Jepun ini, kita sudah lupa dengan segala kesusahan yang wujud di dunia ini. Lupakah kita di sebalik kehidupan kita ini, ada orang-orang yang sedang menghadapi kesusahan yang lebih teruk di sebalik sana?Ada yang berulang kali berpindah-randah kerana dihalau tuan rumah. Ada yang ‘black-out’ selama sebulan gara-gara sewa yang tertunggak. Ada juga yang kelaparan setiap hari disebabkan musnah rumah dan ladangnya! (Syria, Palestin dll…)

“Di sebalik setiap kesusahan, ada kesenangan.”

Bukankah kita masih hidup? nikmat hidup itu sendiri sahaja sudah menjadi satu ‘hujah’ yang kuat untuk mengalahkan segala kesusahan yang kita hadapi. Kalau tak hidup, tak boleh lah kita nak mencerca-cerci pihak tertentu bukan? huh…(nada sinis)

Udara? Ada. Air? Ada. Elektrik? Ada. Tak cukup?

Hmm……
29:2

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [29:2]
“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu………..Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” [3:186]Gedebuk! (kelapa jatuh atas kepala)Nah! Tak ke semua itu menjawab segala persoalan perihal musibah ini?

Kita menikmati duit scholar tanpa mengingati siapa yang bayar cukai. Kita juga mengutuk pihak tertentu tanpa mengingati siapa yang membiayai bulan-bulan sebelum ini.

Pernah ucap terima kasih? (jawab sendiri)

Ironinya, kita terlupa bahawa semua itu datang dari satu pihak, dengan tujuan tertentu. Yang pastinya bukan untuk membuatkan kita bengang dan gila. Ia hanyalah surat cinta yang memanggil kita kembali supaya tidak curang. Perasan?

34:21
“Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.” [34:21]Terserah pada anda, mahu terus melangkah melalui ujian-ujian tersebut, atau graduate dari dunia ini dengan markah F sambil membuat gaya facepalm. Kelepap!Mungkin kesenangan di dalam kesusahan yang dikatakan sedang menanti di akhirat sana. Kesenangan abadi yang tercatat di dalam Al-Qur’an.

Anda tak nak?

Saya nak. =)

Advertisements

3 thoughts on “Lupakah Kita?

  1. masyaALLAH
    semoga kita diberi kekuatan

  2. Terima kasih atas teguran dan tahniah jugak sebab dapat bersabar.

    Memang tidak bersopan untuk kita mengkritik pihak penaja, seolah2 tidak bersyukur. namun, tindakan mereka untuk meluahkan perasaan, masalah yang dihadapi, kena diambil kira.

    Uqbah mungkin tak berada di tempat dia, untuk terus mengkritik begitu. Tidak adil untuk mereka.
    Kalau pon Uqbah rasa mereka salah, cuba bagi cadangan, bagi saranan apa yang patut dibuat?

    • Terima kasih atas reply yang membangun.

      Hanya untuk pengetahuan anda, ini adalah blog yang dihasilkan oleh beberapa rijal, bukan blog perseorangan.

      Saya tak pasti saudara merujuk kepada Uqbah yang mana, tetapi insyaAllah kami akan cuba untuk lebih kreatif dalam menyampaikan idea-idea kami. insyaAllah juga kami akan memikirkan apa yang saudara cadangkan.

      Moga Allah memberkati kita semua.

      “Bangunlah rijal untuk Islam!” =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s