18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


Leave a comment

Mengapa menulis?

.

.
Trend masa kini
Semakin banyak blog-blog tumbuh bagai pasar malam di hujung jalan semenjak dua tiga menjak ini.
Mengapa ya?
Apa yang aku nampak kebanyakannya hanyalah untuk mengekspresikan apa yang terbuku di dalam hati (sebab Twitter dan FB tak boleh tulis panjang), dan ramai juga yang inginkan populariti selebriti. Kalau tidak di alam nyata, di alam maya pun jadi lah.

Lupakan dulu blog-blog lagha yang tidak berapa nak memberi manfaat dan mari kita lihat pada perkembangan blog-blog ‘ Islamik’ ‘Agama’ ‘Dakwah dan Tarbiyah’ dan yang sewaktu dengannya. Pasarnya juga tumbuh laju tidak kira malam atau siang. Perkembangan yang sangat baik dan bagus untuk dakwah kita. Untuk membawa manusia lebih dekat dengan yang Maha Pencipta

Lebih-lebih lagi dengan kemunculan blog-blog osem seperti 18kippu, APG, Muharikah, Dakwat dan baru-baru ini akan dilancarkan majalah JOM! dengan trade mark ‘Dakwah itu Mudah’ pula. Kepopularitian dan keoseman mereka menyebabkan ramai tergila-gilakan mereka, mengkagumi dan ingin jadi seperti mereka, sehingga ada yang taksub dan lupa diri sampai cakap enche Gabanna dan Akak Muharikah lebih ditsiqahi daripada naqib atau naqibah sendiri yang kurang terserlah keoseman mereka..
Ok. Terlampau over.. Kisah dongeng sahaja mungkin.
Tapi efek gelombang tsunaminya sangatlah kuat. Lihatlah budak-budak usrah zaman sekarang, habis rosak penggunaan bahasa mereka, termasuklah aku sekali terkena virusnya..

Info lanjut di http://majalahjom.blogspot.com/
Hubungi kami untuk tempahan di Jepun

Perkembangan dakwah memang memerlukan penyebaran karya-karya dan penulisan yang boleh membina biah masyarakat yang baik, di samping memberi acuan-acuan tepung penaik semangat bagi para aktivis dakwah yang malas untuk menelaah buku fikrah, tafsir mahupun sirah yang beratus-ratus tebalnya sibuk atas kekangan masa dan sebagainya. Sangat banyak manfaatnya walaupun kadang timbul juga mudaratnya

Bagus atau tidak? Terletak pada bagaimana kita memanfaatkannya.
Antara diri kita dengan Allah SWT

Bagi yang sedang menulis, ingin menulis, atau yang dah malas tulis blog-blog ‘islamik’ ini, mari lihat kembali mengapa kita sedang/ingin/dah malas untuk menulis?

Yang pertamanya aku yakin semuanya menulis berniat kerana Allah, ingin menyampaikan kata-kata Allah walaupun hanya sepotong ayat yang tidak seberapa, mahupun hanya copy paste status FB Ustaz Zaharudin…

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Rujukan hadis 1 dalam himpunan hadis 40 Imam Nawawi. Mesti semua dah pernah dapat pengisiannya. Kalau belum sila join bulatan gembira di kawasan berdekatan anda…

Tetapi ada juga sebab-sebab lain yang menyemarakkan keinginan kita untuk menulis. Sama ada kita sedar atau tidak.. Lebih-lebih lagi bila semakin lama berpengalaman dan rancak dalam bidang penulisan blog ini..

Antaranya

Share pengalaman dan luahan perasaan?

– Ingin berkongsi pengalaman suka duka pahit manis dalam D&T, kehidupan seharian, mahupun peristiwa menakjubkan.

Self Satisfaction dan Hobi?

– Minat dan ada bakat menulis, idea banyak mencurah-curah, gaya penceritaan menarik minat seluruh kampung untuk datang mengunjung. Juga untuk memenuhi kepuasan diri.

Populariti?

–  Bila dapat banyak hit dan ramai share. Sayalah penulis agung abad ini, Inche Gabanna? Siapa tu?

Hobi mengisi masa lapang?
– Daripada buat benda ‘lagha’ baik tulis blog…..

Kena paksa?
– Abang bulatan gembira saya paksa sebab tak hafaz juz 30 lagi (T_T)

Dan mungkin ada banyak lagi sebab-sebab lain.

Kerana sebab-sebab inilah yang sebenarnya menentukan sejauh mana keikhlasan niat kita dan keistiqamahan amal kita.

Contohnya Share pengalaman? Kadang terlampau syok sendiri. Atau bila pengalaman dah habis cerita? Ok. Boleh tutup blog.

Hobi? Hati dah puas, buat apa tulis?

Populariti? Terpesong dari niat asal?

Situasi yang kembali menjadi persoalan setelah beberapa ketika masa berlalu pergi bersama blog ciptaan kita sendiri..
Ke mana arah perginya?
Masih di jalan yang betul atau sedikit terpesong ke tepi?
Jadi marilah merenung kembali..
Takut-takut amal kita itu, tiada makna di hadapan Allah SWT,
Tidak ubah menjadi seperti debu yang berterbangan.

MENGAPA MASIH MENULIS?

MENGAPA DAH MALAS TULIS?

Mari mencari Redha Allah
Kerana di situlah letaknya pengakhiran kita

Allahua’alam

Advertisements


Leave a comment

Prihatin atau tidak?

Syria sedang menangis

Ditindas oleh regim pemerintah negara sendiri
Diseksa, dibunuh, dibom, ditembak, tanpa belas kasihan


Tetapi, walau bagaimana kejamnya dunia sekarang
Manusia semakin prihatin
Prihatin tentang masalah umat yang berlaku di sekeliling
Dinding-dinding FB sekarang dipenuhi dengan mesej-mesej sokongan
“Semangat ooo masing-masing share”
Prihatin tentang keadaan saudara di sana

Tapi lupakah kita?

Somalia juga sedang menangis
Dengan krisis perang dalaman yang tidak berkesudahan
Dengan masalah kekurangan bekalan makanan
Kebuluran hingga anak-anak kecil kembali ke tanah perkuburan

Eh..dulu macam dah pernah share dah…

Palestin juga sedang menangis
Ditindas dan dikepung oleh regim Zionis
Menjadi penjara terbesar di dunia
Tak perlu cerita lagi, semua dah tahu

Yang ni pun macam pernah share jugak

Apa lagi?
Labenon? Egypt? Tunisia? Gempa di Jepun? Perang Afghanistan/Iraq? Penindasan di Chechnya, Penindasan umat islam di China? Masalah zina dan buang anak di Malaysia?Dan berjela-jela lagi..

Tapi sekarang musim Syria. Takkan tiba-tiba share pasal benda lain?

………………………….

Datangnya bermusim
Silih berganti penuh sensasi
Walau yang diganti
Masih menagih simpati

Masih ingatkah?

Ketika peristiwa Mavi Marmara
Juga barlaku fenomena yang sama
Seluruh dinding FB dipenuhi dengan post dan komen
Bersemangat dan bersungguh-sungguh memberi sokongan
Memberi kesedaran pada semua rakan-rakan

Tapi sekarang?

Teringat ketika kami menganjurkan program Keranamu Palestina
Seramai 274 jiwa datang memberi sokongan
Sanggup datang dari jauh sehingga 10 jam perjalanan
Dengan kereta sewa, bas ekspress juga dengan kapal terbang

Walau hanya punya sehari cuti
Walau esoknya masih punya kelas

Prihatin dan mahu menyumbang
Semangat dan penuh pengorbanan

Tetapi sekarang?

Di manakah semangat itu pergi?
Di manakah pengorbanan yang pernah kita lakukan?

Masih ada? Atau sudah terpadam ditelan zaman?
Adakah Palestin sudah bebas? Sudah berhenti ditindas?

Tapi kita memilih untuk melupakan,
Semakin bosan apabila setiap detik berlalu
Semakin malas untuk ambil tahu

Juga ketika mengumpulkan derma kilang Roti untuk Palestin

Apabila lebih daripada RM 63,000 berjaya dikumpulkan
Fuh..Banyak tu.. Kaya-kaya budak Jepun ni..
Apabila kami menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ustaz Hasanuddin, pengerusi Aqsa Syarif ketika itu

Sambil senyum kambing menyerahkan sumbangan, (mesti kena puji ni dapat kumpul banyak-banyak)
Kami dibalas dengan sindirin yang sangat makan dalam
Lebih kurang macam ni la

Saya tak pandang duit-duit ni, Apa awak dah buat lepas program hari tu? Ada Follow up?  Apa awak dah buat untuk sedarkan semua orang tentang keadaan di Palestin? Buat program sekali habis?

(* situasi dan dialog ditokok tambah sikit-sikit)

Fuh.. Terasa macam burung Ostrich masa tu. Badan dah tak boleh ke mana, masuk kepala dalam lubang je mampu.huhu..

*laporan penuh http://amirnet.org/v3/berita/laporan-derma-kilang-roti

Begitulah realitinya
Kita sebenarnya tidak cukup prihatin
Hanya penuh dengan semangat dan sorakan bermusim
Dari satu isu ke satu isu yang lain
Bila ada isu baru, yang lama dilupakan, bagai tidak pernah wujud
Bak kata pepatah orang putih “Life must go on”
Marilah ikhlaskan niat, betulkan semangat
Prihatinlah dengan sebenar-benarnya
Doakanlah mereka yang ditindas. Di Syria dan juga di tempat lain.

Apalah sangat yang kita boleh bantu Syria?
Tetapi penindasan itu berlaku di mana-mana sahaja
Dari sebesar negara hingga sekecil rumah kita
Dari jauh di hujung dunia hingga dekat di depan mata
Bantulah selagi mampu,
Walaupun dengan hanya boikot barangan di pasaran
Walaupun dengan hanya menolong haiwan di jalanan
Walaupun dengan hanya seukir senyuman
InsyaAllah..
Anda mampu memberi perubahan

Ya Allah. Lembutkanlah hati-hati kami (T_T)


Leave a comment

Penipu

Peringatan dari seorang ikhwah kepada kami…

Adakalanya kita menaiki densya (kereta api), kita seorang sahajalah yang menanggung kalimah syahadah. Maka selayaknya 10 gerabak densya yang dipenuhi manusia itu memandang tepat ke wajah kita menyampaikan pertanyaan;

“Apa sahaja yang telah engkau usahakan untuk kami memahami syahadatain sepertimu?”

“Kapan sahaja kamu mahu membebaskan kami dari perhambaan sesama manusia kepada keabdian kepada Allah?”

“Mengapa kamu tidak bersungguh dalam mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat?”

“Apa sahaja alasanmu untuk membiarkan kami tersepit dicelah jahiliah dan tidak dilepaskan kepada keluasan islam?”

Dan pertanyaan ini disampaikan seorang demi seorang…

Sepanjang waktu…Wajah demi wajah, terus memandang dengan harapan…

Ya…Pertanyaan yang disampaikan ruh mereka, hatta tanpa suara…Terus kepada ruh kita…

Maka…Masihkah kita mampu mendongak langit sambil menghadap wajah-wajah mereka itu dengan mengatakan;

“saya graduan Jepun, dengan kelulusan Master dari universiti sekian-sekian dan dalam bidang sekian-sekian…”

Agak-agak bagaimana gegak gempita raungan mereka?

Allahu Allah…

Kami banyak menipuMU, menipu mereka….