18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


Leave a comment

PAUSED

Ya, PAUSED . . .

Itulah butang yang tertera dua garisan menegak yang kita kenali sebagai butang PAUSE. Tak perlulah nak kita introduce-kan butang yang kita dah kenali ni kan?

Kalau tak kenal butang ni dari video player pun, bagi yang biasa main game, tak sah kalau tak kenal butang ni.

“Ada apa tentang butang ni?”

Tiada apa-apa yang istimewa pun.

“Jadi?”

OK, tenang. Sebelum seribu satu tanda soal mula muncul dalam kepala tu, cuba kita takrifkan makna PAUSE ini.

“Makna PAUSE? Mmmmm….. Henti? Terhenti? Tak bergerak?”

Bagus. Tak sia-sia kita tekan butang PAUSE ni kan? Dapat juga kita belajar sepatah kalimah dari bahasa orang putih ni. Tapi itu cuma makna dari segi bahasa kan?

“Dari segi bahasa? Itu jelah maksud PAUSE. Terhenti. Video yang terhenti ke, game yang terhenti ke…”

Kadangkala kita tak sedar, betapa sempitnya fikiran kita, bila sebut perkataan PAUSE atau terhenti ni, kita terbayang video yang ter-PAUSE dan game yang ter-PAUSE.

Perjalanan pun boleh terhenti kan?

Satu perjalanan yang sepatutnya terus maju ke hadapan, terhenti.  Kenapa agaknya?

Kadangkala, kerana ada sesuatu yang kita takuti berada di hadapan kita, kita hentikan perjalanan kita. Kalau ada ular sawa besar di tengah jalan, mestilah kita henti kan? (melainkan yang anggap dirinya Tarzan lah, mungkin akan cuba serang ular tu… all the best lah kalau begitu)

Mungkin bukan sesuatu yang bahaya, tapi sesuatu yang kita tak nak hadapi. Ujian, ketetapan…

Contohnya, kalau kita ada peperiksaan minggu depan, dan kita langsung tak belajar lagi. Haaa, gelabah, takut, berpeluh sampai basah satu badan, tak mau duduk dalam dewan peperiksaan. Kalau boleh nak PAUSE saat tu jugak.

Sedarkah kita, ini bukan video ataupun game, ini adalah realiti. Tak kira dalam keadaan macam mana sekalipun, aliran sungai masa tetap akan mengalir, jarum jam akan tetap bergerak ke hadapan.

Kalaulah kita PAUSE kan keadaan itu pun, bolehkah kata kita berjaya elakkan bahaya tu ke? Kalau kita sedang tengok movie hantu, dan kita dah tahu dari rakan-rakan yang babak yang akan datang beberapa saat kemudian ni akan ada hantu yang muncul, kita mungkin boleh PAUSE. Tapi? Kita mungkin berjaya elak, tapi hakikatnya kita mengelak hanya buat sementara.

Sedarlah, ini realiti. Kalau ada peperiksaan besar yang menjelang, tak perlu lah kita sibuk nak cari cara untuk mengelak. Apa salahnya kalau kita terus maju ke hadapan? Walaupun kita mungkin akan jatuh, tapi tak bermaksud kita tak boleh bangun semula kan?

Dan tak dilupakan juga, sebelum kita terhantuk, apa salahnya kita buat persediaan yang rapi? Taklah gelabah bila tiba saat ujian itu tiba, betul tak?

Jadi sama-sama lah kita sedar, dalam kehidupan ini, memang ada banyak rintangan, memang ada banyak dugaan, tapi dari mengelak atau menghentikan perjalanan kita, apa salahnya kita rempuh dugaan itu dengan persediaan yang penuh mantap?

Sampaikan malaikatul maut pun tak akan henti bila telah tiba ‘masa’nya. Adakah saat itu kita nak PAUSE sebab persediaan kita ke dunia yang lain itu belum mantap lagi?

Renungkanlah. Wallahualam.

Advertisements