18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


Leave a comment

Dai’e Munafiq?

.

.

Semakin lama aku di jalan ini, semakin banyak yang mengajarku

 

Takwin itu susah, payah, lambat lagi panjang

 

Semenjak dua menjak ini aku seakan penat.. Penat jiwa dan fizikal..

Apa yang aku lakukan bagai tiada hasilnya
Mad’u bagai tidak menampakkan perubahan ketara
Gejala ikhwah mandul semakin berleluasa
Apabila keperluan untuk penerusan tarbiyah itu semakin kritikal
Tapi bilangan murobbi yang tinggal?? Cukup merisaukan..

 

Sedangkan dakwah itu terus berkembang

Laju menderu meninggalkan aku yang masih terkial-kial

Dek kerana aku yang selalu bertangguh

Selalu melengah-lengah dalam beramal

Tidak serius dan selalu mengambil mudah

 

Aku juga bagai terlalu banyak berkata-kata

Kononnya menasihati dan menyeru amar maaruf dan nahi munkar

Tapi nampaknya aku pula kurang mengisi

Bekalan ibadat yang sepatutnya menjadi kewajipan seorang daie.
Cukup menyedihkan
Kononnya tiada masa kerana sibuk bawa usrah jauh-jauh, banyak meeting, kerja banyak, aktiviti lokaliti, family, kena muayasyah dengan orang lagi….lagi?
Akibatnya?

Banyak output tetapi tiada input

Gelas menjadi kosong

Hati menjadi lesu

Amal menjadi tepu

Futur…..

 

Dan apa yang aku kononnya seru itu

Bagai hanya cakap kosong

Bersemangat ketika di hadapan ikhwah-ikhwah mahupun mad’u-mad’u

Tapi ketika berseorangan?

Hakikatnya cukup berbeza

Cukup hanya antara aku dan Allah yang mengetahuinya….

 

“Hanzalah telah menjadi seorang munfik.”

 

Tempiak Hanzalah kerana perubahan semangatnya ketika tidak lagi berdampingan dengan Rasululluah..
Sungguh sensitif seorang sahabat tentang tahap keimanan mereka..

Mungkin aku juga seorang munafiq?

 

 

Di depan nampak lain, di belakang pula lain

Mungkir janji?

“nanti saya reply” “insyaAllah saya buat” “kita start pukul 9” “jumpa minggu ni”
Mungkin nampak kecil, tapi ia tetap satu janji yang perlu ditunakan..

Mementingkan diri, banyak beralasan, berolok-olok…

Dan banyak lagi sifat-sifat yang boleh dilihat dalam surah At-taubah, ketika golongan ini cukup susah untuk ikut sekali berperang, jika mereka ikut sekalipun tidak akan menambah kekuatan sedikitpun malah menambah kekacaun

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antara kamu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.[9:47]

 

Bukankah kita dah berjanji untuk all out dalam dakwah & tarbiyah ini?
Melihatkan ummat yang semakin lesu ini?
Adakah ianya hanya satu janji palsu?
Apabila diri ini selalu lengah dan leka

Dan apabila melihatkan diriku sendirian

Bagai lebih lesu berbanding yang di luar sana

Mungkin aku juga seorang munafiq?

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?[61:2]

 

Mengapa aku menulis?

Hanya ingin meluahkan

Apa yang terbuku di hati
dan sebagai bukti, manifestasi diriku..

 

Kerana aku sayangkan jalan ini

Yang mengajar aku erti sebenar islam dan jahiliyah

Kerana aku tahu, masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu

Seperti aku dahulu

Hanya kerana seorang brother yang sanggup datang berjauhan menyantuni kami

Aku juga mesti menjadi seperti itu

Kerana tanpa brother itu, mungkin aku terus hanyut dalam dunia fantasi

Tanpa mengenal tujuan hidup dan erti deen ini..
Dan aku pasti, dia pasti cukup banyak bersabar dengan diriku
Dan aku? Sudah mula merungut-rungut..
Aku juga merasa pelik.. Serius sungguh pelik..
Bagaimana aku boleh berada di jalan ini

Berbanding rakan-rakanku yang lain

Yang aku rasakan sepatutnya lebih layak untuk berada di sini

Sungguh Allah lah sebaik-baik perancang

Dan pemberi taufik dan hidayah

 

Dan tanpa aku berbuat sesuatu

Bagaimana mungkin akan muncul sesuatu?
Dan ustaziyatul alam? Hanyalah angan-angan dan mimpi kosong

Tanpa ada tangan yang membinanya
Dan asasnya ialah individu muslim yang mampu membina individu muslim yang lain dan seterusnya.

Jika tidak? Aku hanya bermain-main dengan jalan ini.

 

Atau mungkin aku seorang munafik?
Dakwah dan tarbiyah perlu berterusan

 

Walaupun aku cukup lemah dan serba kekurangan

 

AKU DAI’E ISLAM !
MENYERU PENUH KEIKHLASAN !

 

Doakan aku ya ikhwah

Aku memerlukanmu..

Doa Rabitah

Advertisements


Leave a comment

Taknak sudah!

.

.

Sekarang mode Global March to Jerusalem

Saya mahu join berarak sekali, tapi GMJ tiada di Jepun
Saya juga mahu ke Palestin, atau Syria, berjuang bersama mereka
Sebab saya mahu mati syahid, nanti dapat tiket free masuk syurga

Tapi yakin ke saya akan masuk syurga mati sebagai muslim?

Kalau saya pun tak hidup sebagai muslim (ad-deen yang sebanar) ?

……….

………………………………..

(T_T)

Saya juga mahu Palestin bebas!
Saya mahu juga seluruh rakyat Jepun, Malaysia dan satu dunia peluk islam!
Saya juga mahu khalifah tertegak kembali! Islam sebagai Ustaziyatul Alam!

Tapi sebesar mana pun cita-cita saya

Takkan tercapai dengan hanya kata-kata dan duduk lengah bermalas-malasan

…………………..

………………………………………….

(T_T)
.

Mahu ke tidak saya sebenarnya?

………………………

…………………………………………

(T_T)
.

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu

………………

……………………………..

.

Astaghfirullahala’dzim

Ya Allah, jauhkanlah kami dari menuruti langkah-langkah syaitan dan sifat-sifat orang munafiq. Kurniakanlah kami keimanan yang sempurna, Ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.
Demi keredhaanMu, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Amin
.

 

 

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.[2:208]

Cita-cita kita besar! Tapi mengapa hati-hati kita masih kecil?

 

Yosh! Ganbarimashou!

 

OK ! On Mode GMJ balik ~

.

 

 

Free Free Palestine!

Free Free Palestine!

Long Live Palestine!

.


Leave a comment

Isu Palestin

Allah Ta’ala berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 75,

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.”

Saudara-saudara yang dikasihi Allah sekalian,
Saban hari kita mendengar jeritan dan tangisan saudara-saudara kita di luar sana, samada di facebook mahupun di youtube. Setiap kali melihat video-video seumpama itu, kita berasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku terhadap mereka. Kekejaman yang menjangkaui batas manusia, penindasan terhadap golongan yang lemah, rampasan tanah dan tempat tinggal yang sekian lama diduduki, siapa yang tidak simpati melihat semua ini? Sebagai seorang manusia, memang secara fitrahnya akan berasa sedemikian apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan.

Ya, itulah yang patut dirasai oleh semua orang. Tetapi, adakah kita, yang mengucap dua kalimah syahadah seperti mereka di sana, mahu berhenti hanya setakat melihat video di facebook, yang mana tidak lebih daripada satu ‘hiburan’ untuk mengisi masa lapang di kala kita menyemak laman muka buku kita, ataupun hanya sekadar berkongsi video tersebut dengan rakan sekumpulan (baca : group) di facebook? Tidak! Sama sekali tidak!

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”

Saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian,
Sebagai seorang muslim, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil berat tentang isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam. Apa yang sedang berlaku? Bagaimana ia boleh terjadi? Apakah puncanya? Semua itu haruslah berada di dalam lingkungan fikiran kita. Jikalau kita yang juga seorang muslim, tidak mampu untuk menjawab segala pertanyaan ini, maka tiada gunalah kita memarahi mereka yang melabelkan Islam sebaga agama terrorist. Kerana kitalah yang menyokong idea tersebut!

Sabda Nabi S.A.W lagi,

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Apakah kita akan membiarkan seekor nyamuk menghisap darah kita, tanpa menghalau atau membunuh nyamuk tersebut? Tidakkah gatal tempat yang dihinggap itu? Tidakkah sakit membiarkan ia membengkak merah? Maka, samalah juga dengan isu hangat yang sedanga berlaku di Timur Tengah sekarang ini. Tidakkah kita merasa sakit tatkala saudara-saudara kita disiksa, dicerca dan dibunuh? Punyakah lagi kita masa untuk tidur lena tanpa memikirkan kesakitan yang sepatutnya dirasai sekarang ini?

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bersama-sama bangkit menghalau musuh-musuh Allah ini. Sudah sekian 60 tahun lamanya kita berada dalam kesakitan, mahukah kita biarkan nyamuk-nyamuk ini terus menghinggap di bumi Palestin kita? Sama sekali tidak! Janganlah kita pernah sesekali berputus asa untuk sentiasa membantu saudara-saudara kita, samada dari segi kewangan mahupun material. Janganlah kita berhenti bergantung harap kepada Allah, sehingga rejim zionis laknatullah dikalahkan dan Al-Aqsa dibebaskan.

Firman Allah di dalam surah As-Saff,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Wahai rijal-rijal Islam sekalian,
Andai kata kamu tidak berkehendak untuk menolong agama Allah ini, jangan kamu menyesal di akhirat nanti jika janji-janji Allah terhadap hamba-hambaNya tidak dapat kamu kecapi. Moga-moga kita semua sentiasa thabat di atas jalan jihad ini dan sentiasa diredhai olehNya.


Leave a comment

Antara Aku Dengan Dia Sahaja

Kadangkala kita bertujuan baik, membina sebuah bangunan, agar sama-sama kita dapat memanfaatkannya. Tapi ada juga orang yang mengutuk, merobohkannya dalam masa sehari.

Bina je

Kadangkala kita bertujuan baik, menasihati orang lain, agar sama-sama kita dapat kebaikan. Tapi ada juga orang yang mengejek, kata belakang dan menyakitkan hati.

Nasihat je...

Kadangkala kita bertujuan baik, menolong orang, agar kita dapat sama-sama dapat bina komuniti harmoni. Tapi ada juga orang yang mencaci, sangka buruk tak henti-henti.

Tolong je...

Kadangkala apa yang kita buat, ada juga orang yang membantah, ada juga orang yang menghina…

Buat je...

Apabila kerja itu lillahitaala, buat je lah untuk dapatkan ganjaran-Nya. Dosa-pahala bukan antara kita dengan mereka, tapi antara kita dengan Dia je...

Wallahualam.


Leave a comment

Pendusta Agama

.

.

SYRIA , PALESTIN
Hanya secebis coretan
Kekejaman, kezaliman, penindasan, tanpa peri kemanusiaan
Dalam sejarah perjalanan manusia
Ianya bukan satu rekaan atau ilusi
Malah satu realiti
Meraka ditindas dan dizalimi
Tapi cukup malang dan sedih sekali
Kita?? Yang mengaku beriman dengan agama ini,
Hanya duduk lengah memerhati…

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim
dan tidak mendorong memberi makan orang miskin
Maka celakalah orang yang solat
orang-orang yang lalai terhadap solatnya
Yang berbuat ria
dan enggan (memberikan) bantuan

Al-ma’un 1-7

Bangunlah dari mimpi
Dan buktikanlah diri
Bukan sekadar ambil peduli
Tanpa sebarang aksi
Kerana diri kita sendiri yang akan menjadi saksi
Setelah dibangkitkan kembali

Apa layakkah kita untuk mengecap syurga?
Apa hujah kita di akhirat nanti?
Mana bukti kita untuk hari pembalasan nanti?

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.[3:142]

Kiamat itu sangat dekat
Tapi MAUT itu lebih dekat

Jadi??
Apa yang ditunggu lagi???

Hai orang yang berkemul (berselimut),
bangunlah, lalu segeralah beri peringatan!
dan Tuhanmu agungkanlah!
dan pakaianmu bersihkanlah,
dan perbuatan dosa tinggalkanlah,
dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.
Dan untuk Tuhanmu, bersabarlah.
Apabila ditiup sangkakala,
maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit

Al-Muddatstsir 1-9