18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


3 Comments

Lupakah Kita?

LUPAKAH KITA?

Kebelakangan ni ramai para pelajar yang berkicau dengan agak kasar di facebook, gara-gara duit scholar masuk lambat. Ada yang melenting mengutuk pihak tertentu, ada yang menghapdet sindiran yang sinis, dan…. macam2 lagi….

Tetapi dalam kesemua itu ada juga yang memilih untuk bersabar, mengharapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dijanjikan. Tahniah buat anda ini. =D

Begitulah manusia, menyalahkan manusia yang lain kalau ditimpa musibah, hanya kerana kelemahan manusia yang memang serba kurang upaya.

“Manusia hanya merancang, tetapi Allah lah sebai-baik perancang.”Begitu selesa dengan kehidupan di Jepun ini, kita sudah lupa dengan segala kesusahan yang wujud di dunia ini. Lupakah kita di sebalik kehidupan kita ini, ada orang-orang yang sedang menghadapi kesusahan yang lebih teruk di sebalik sana?Ada yang berulang kali berpindah-randah kerana dihalau tuan rumah. Ada yang ‘black-out’ selama sebulan gara-gara sewa yang tertunggak. Ada juga yang kelaparan setiap hari disebabkan musnah rumah dan ladangnya! (Syria, Palestin dll…)

“Di sebalik setiap kesusahan, ada kesenangan.”

Bukankah kita masih hidup? nikmat hidup itu sendiri sahaja sudah menjadi satu ‘hujah’ yang kuat untuk mengalahkan segala kesusahan yang kita hadapi. Kalau tak hidup, tak boleh lah kita nak mencerca-cerci pihak tertentu bukan? huh…(nada sinis)

Udara? Ada. Air? Ada. Elektrik? Ada. Tak cukup?

Hmm……
29:2

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [29:2]
“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu………..Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” [3:186]Gedebuk! (kelapa jatuh atas kepala)Nah! Tak ke semua itu menjawab segala persoalan perihal musibah ini?

Kita menikmati duit scholar tanpa mengingati siapa yang bayar cukai. Kita juga mengutuk pihak tertentu tanpa mengingati siapa yang membiayai bulan-bulan sebelum ini.

Pernah ucap terima kasih? (jawab sendiri)

Ironinya, kita terlupa bahawa semua itu datang dari satu pihak, dengan tujuan tertentu. Yang pastinya bukan untuk membuatkan kita bengang dan gila. Ia hanyalah surat cinta yang memanggil kita kembali supaya tidak curang. Perasan?

34:21
“Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.” [34:21]Terserah pada anda, mahu terus melangkah melalui ujian-ujian tersebut, atau graduate dari dunia ini dengan markah F sambil membuat gaya facepalm. Kelepap!Mungkin kesenangan di dalam kesusahan yang dikatakan sedang menanti di akhirat sana. Kesenangan abadi yang tercatat di dalam Al-Qur’an.

Anda tak nak?

Saya nak. =)


Leave a comment

Manusia Biasa

https://i2.wp.com/1.bp.blogspot.com/-rf3-lOgHdzU/TagzXZbfoGI/AAAAAAAACjI/5GpBbs6IhrM/s1600/denai.jpg

 

Kita hanyalah manusia biasa…

Kita bukanlah ahli sukan angkat berat nak pikul benda-benda yang berat.
Kita bukanlah doktor pakar yang boleh rawat segala penyakit.
Kita juga bukanlah nabi yang bebas dari segala dosa.

Kita hanyalah manusia biasa…

Yang kadang-kala bertemu liku dan ujian yang berat, ada waktu terasa hati luka dan duka, dan ada kalanya terasa sesal dengan diri yang penuh dosa.
Adapun semua itu berlaku, ada juga satu masa, ketika hati ini terasa ringan. Ringan seperti debunga yang terbang, melalui jalan-jalan udara. Waktu ketika hati ini sangat dekat dengan-Nya.

2:45

 

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” [2:45]

 

Kita hanyalah manusia biasa…

Ujian yang kita hadapi memang terkala sangat berat, pedih dan pilu. Maka, janganlah kita menambah berat beban itu dengan solat yang berat. Kita mengharap pertolongan yang ‘instant’ daripada Allah dengan solat yang juga ‘instant’. Tak ke hati jadi lagi serabut begitu?
Solat itu bukanlah hanya pergerakan ‘kosong’. Ia juga bukanlah sekadar waktu untuk membaca wahyu. Tetapi ia adalah pergerakan hati kita menuju Allah, dengan bacaan yang tenang dan khusyuk. Dengan itu, barulah hati kita terbang melayang…. tak begitu?

 

Ya, kita hanyalah manusia biasa….. yang istimewa kerana hubungannya dengan Yang Maha Esa. =)