18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


3 Comments

Study dan Sujud, Bukan Last Minute

Dua minggu lagi ada test.

Si pelajarnya?

“Sempat je lagi nak study ni. Boleh je.”

Tanpa menyedari aliran masa yang lebih laju dari arus sungai yang paling deras, dua minggu menjadi dua hari dalam sekelip mata.

“Mmmmm, sempat lagi kot. Nota ada, soalan tahun lepas ada. Boleh je.”

Ke-chak bunyi jarum jam melepasi angka 12 menandakan tinggal satu hari sahaja lagi sebelum hari peperiksaan.

Sedikit rasa gelabah, sedikit rasa perasaan cuba-mengawal-keadaan, dibuka nota yang disalin dalam kelas, soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dicubaselesaikan.

“Hmmmm………”

Ke-chak demi ke-chak bunyi jarum jam bergerak tanpa mengerti perasaan sang pelajar tadi.

Perasaan gelabah mula membanjiri kepala, tumpuan mula lari dan tidak fokus, biji mata mula ke kiri ke kanan membaca nota dengan speed yang tak terkata.

Ke-chak.

Setelah dua tiga jam belajar, rebah kepalanya menyujud, melakukan solat hajat meminta pertolongan-Nya memudahkannya menjawab soalan peperiksaan hari esok hari itu (jarum jam dah melebihi pukul dua belas) namun….

Last minute.

Renungkan…

Point 1 – Usaha pada saat terakhir. Mungkin ada yang god-gifted yang mampu memahami segala perkara semalaman (sila bersyukur jika anda tergolong dalam golongan ini) namun untuk yang lain, amatlah sukar. Pisau yang telah diasah selama seminggu sudah tentu lebih tajam dari pisau yang hanya diasah semalaman. Setuju?

Point 2 – Bukan sahaja usahanya yang last minute, sujud meminta pertolongan-Nya juga last minute? Cuba bayangkan, kalaulah kita ingin meminta pertolongan manusia, adakah kita pun akan minta pada saat terakhir? Nak minta pinjam duit (yang banyak) dari kawan? Terkial-kial kawan kita tu nak keluarkan duit dari ATM yang berhampiran, itupun kalau ada ATM yang 24 jam yang available. Nak minta salin nota dari kawan? Kalau kawan tu tak tidur lagi, bolehlah pinjam (bagi pinjam pun dalam keadaan mengantuk), tapi kalau dah tidur? Lagi teruk. Nak minta kahwin? Hah, pandai-pandai lah fikir macam mana keadaannya kalau propose, esok jugak kahwinnya, esok juga akadnya, esok jugak kendurinya, esok jugak semuanya. Ni pula Allah, nak minta last-minute?

Of course lah Dia Maha Mendengar, tapi bukankah lebih elok kalau kedua-dua usaha kita dan sujud kita tu dibuat lebih awal, malahan, buat sahajalah bila-bila kita mampu. Kalau kita mampu untuk online bila-bila masa, chatting bila-bila masa, buka nota bila-bila masa, mestilah kita pun boleh berdoa kepada-Nya bila-bila masa kan?

Renungkanlah…

Wallahualam.

Advertisements


Leave a comment

First Ride to Ukhwah

Ada Ikhwah ni cakap

Ikhwah suka yang ganas-ganas je, yang semangat-semangat je… Lepas tu harapkan semangat je berapi-api masa tengok video… Lepas tu… Semua senyap…

Kene belajar dari akhawat… Jiwang setiap masa… Baru sentiasa semangat di jalan dakwah… Kerana berjalan dengan cinta….

Mari berjalan dengan cinta =)
Kerana jalan ini sumpah panjang!

Moga kita terus tsabat
Sehingga ke akhir hayat

May our ukhwah will bring us to jannah~


2 Comments

不言実行

Anda rasa anda betul?
Berhujah demi kebenaran?
Berdebat demi keadilan?

Tapi Ingatlah

Mengata orang itu salah
Memalukan orang itu salah
Menghina orang itu salah
Membuka aib orang itu salah

Apatah lagi berseronok dengan keaiban orang lain
Menyindir pula sesuka hati

Janganlah dipermainkan Syaitan
Menyangka sedang duduk di atas taman
Rupanya tersesat di tengah hutan
silap-silap dihumban ke dalam jahanam

Yang salah patut dinasihati
Yang silap patut diteguri
Ada cara perlu diikuti
Diiringi doa pada ilahi
Bukannya bertindak sesuka hati
Menghentam di sana sini
Seperti tiada budi pekerti

Di mana letaknya akhlak islami??

Berteriak kuat di mulut
Tapi bila diuji kecut perut
Buktikanlah dengan perbuatanmu
Bukannya sekadar teriak tak menentu

Contohilah kembali Rasul muliamu
Walau dihina, diseksa dan dikeji
Tidak disimpan di dalam hati
Malah berdoa minta diampuni

不言実行
“Action before words”

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [61:2-3]

Buktikanlah dengan amalmu.Bukan dengan kata-katamu..
Ramai yang berani berkata,tapi tak ramai yang berani membuatnya.
Jangan sampai kerana silap berkata-kata membawa kita ke neraka

Action speaks louder than words

p/s ” Setakat like dengan share kat facebook tapi tak buat apa-apa, agak-agak layak tak kita masuk syurga? ”

Allahu’alam


Leave a comment

SALJI

Aku sering melihat gambar rakan-rakanku bermain salji di musim sejuk ini. Sedangkan aku yang juga berada di luar negara ini kempunan juga nak bermain salji buat kali pertama. Malangnya di daerah penempatanku ini salji seakan-akan mustahil untuk keguguran.

Bagaimana ya perasaan rakan-rakanku dapat menyentuh salji buat kali pertama sejak 20 tahun lahir di dunia ini. Sepanjang 20 tahun hidup hanya dapat melihat kecantikan salji di kaca televisyen, akhirnya dapat menyentuh salji dengan tangan sendiri. Alangkah bahagianya rakan-rakanku.

…Dan BAGAIMANA PULA YA HENDAKNYA PERASAAN KITA APABILA DAPAT MERASAI NIKMAT SYURGA MILIK ILAHI, KETIKA DI MASA SEKARANG INI KITA TIDAK PERNAH PUN MERASAI SYURGA ITU DAN HANYA DAPAT MENGIMAGINASI MELALUI KITAB-NYA.

Insyaallah syurga itu dapat kita rasai. Adakah sama seperti perasaan kali pertama melihat salji?..INSYAALLAH…bahkan lebih hebat daripada itu.

Di penempatanku tiada salji yang turun dari langit tetapi ada salji yang datang daripada gunung berapi. Tetap indah ciptaan-Nya. MasyaAllah:)


Leave a comment

Tentang ‘kita’

Saya ingat lagi dulu,

“Tahu tak website-website yang ada artikel-artikel Islamik yang bagus, nak buat rujukan. Giliran aku tulis artikel minggu ni”

“Alamak aku pun tak tahu sangat. Aku selalu baca Iluvislam.com je.”

“Oh, yang itu aku dah tahu. Selalu aku baca Iluvislam dengan saifulislam.com”

Itu beberapa tahun dahulu.

Waktu itu, susah juga nak cari website yang menulis artikel-artikel Islam yang menarik. Lebih-lebih lagi yang mempromosikan idea-idea dan pemikiran ‘kita’.

Tak tahulah sama ada memang ketika itu, kurang sumber, atau memang kami sahaja yang tidak berjumpa.

Tetapi dibandingkan dengan kebelakangan ini, dunia tarbiyyah kita mula rancak dan meriah dalam arus media.

Mungkin kerana bilangan ‘kita’ makin meramai, atau makin ramai antara ‘kita’ yang mula menyedari potensi diri.

Yang penting, idea dan pemikiran kita, bercambah, berkembang, mencurah-curah bagai hujan lebat, dalam bentuk penulisan blog, website, lagu, penghasilan video, vlog dan lain-lain.

Kalau dulu, video-video biasa, dengan ayat-ayat berbunga sedikit , diletakkan gambar-gambar menyayat hati dan lagu sedih sebagai latar belakang, sudah cukup meruntun jiwa dan kita pun rasa “Wow! Memang menyentuh jiwa, perlu kongsi dengan adik-adik yang lain!”.

Tapi kini, dengan lambakan pilihan yang ada di pasaran, pembikin-pembikin video perlu lebih keras lagi memerah idea, letup-letup sana sini, tambah efek-efek canggih dan macam-macam lagi untuk meraih perhatian kita.

Begitu juga dunia penulisan.

Penulis-penulis perlu lebih kritis memerah otak melakar ayat-ayat menarik yang boleh mengalihkan perhatian massa kepada ‘kita’.

Hal ini memang menggembirakan hati kita.

Seolah-olah ‘kita’ di seluruh pelusuk dunia sedang bergerak (berlari sebetulnya) dengan sangat laju bersama-sama ke arah cita-cita besar itu.

Tetapi.

Saya nak ingatkan diri sendiri, dan kita semua.

Jangan leka sangat, dan menganggap kerja ‘kita’ telah selesai dengan hanya menulis satu dua artikel, atau menghasilkan video-video gempak. Apatah lagi kalau kerjanya hanya ‘share’ sahaja link hasil kerja orang lain di facebook, atau sekadar memberi komen-komen membina, “Wow gempaknya!”, “Tahniahlah akhi, bangga ana dengan enta!”…

Produk-produk media ini memang penting. Umpama vitamin-vitamin yang menguatkan langkah kita.

Kalau dulu berperang dengan pelepah-pelepah tamar, kini dengan titik peluh anda, kita sudah ada pedang-pedang tajam, kuda-kuda gagah berani untuk ke medan jihad.

Tapi kerja ‘kita’ bukan sekadar menyediakan alat-alat perang semata.

Tapi, yang terlebih penting, core business kita, tetap pada menghasilkan jiwa-jiwa yang mampu mengambil manfaat dari segala teori dan semangat yang kita lontarkan, seterusnya jiwa-jiwa ini terus menghancurkan berhala-berhala jahiliyyah yang tertanam dalam hati mereka seterusnya yang melata di seluruh dunia.

Tahu ke saya nak bercakap tentang apa sebenarnya?


Leave a comment

Inception

Cukup indah bila kita bercakap mengenai fantasi. Mengenai mimpi-mimpi. Mengenai angan-angan. Segalanya boleh berlaku. Dunia ciptaan kita sendiri. Macam cerita inception. Apa sahaja yang keluar dari fikiran kita sudah cukup membuatkan kita tersenyum kambing seorang diri. Tiada sempadan dan batasan. Tiada hukum alam mahupun logik akal yang boleh menghalangnya.

Betapa indahnya. Apa yang kita nak, siapa yang kita nak jadi, mana saja kita nak pergi. Semuanya boleh menjadi kenyataan (dalam mimpi/angan-angan/fantasi/halusinasi je la tapi).

Tapi fantasi atau tidak, langsung tidak menjadi masalah. Seharian kita penuh dengan mimpi-mimpi dan angan-angan. Hidup dalam alam fantasi. Malah kita cukup seronok berada dalam dunia itu. Lupakan sahaja dunia realiti yang penuh dengan masalah ini. Dari masalah peribadi, kerja/sekolah, awek, duit, member hutang, jalan jem, Man U kalah UCL, duit lagi…….Dan macam-macam lagi..
Mari hidup di alam fantasi. Bukalah TV dan secara automatiknya kita keluar dari dunia realiti. Dari kisah hero-hero pujaan ketika kecil, filem letup-letup pecah panggung, hinggalah drama-drama jiwang karat korea atau jepun.
Cukup indah! Sangat best! Tiada tandingan!

Melompat-lompat kita bila terkejut, menangis-nangis kita bila sedih (yang jantan jangan nak pura-pura tough tak pernah menangis tengok cerita-cerita macam 1 litter no namida dan yang sewaktu dengannya), bergelak ketawa bila lawak, terharu bila scene-scene kandou (menyentuh hati) dan macam-macam lagi reaksi lain (mungkin boleh rujuk youtube untuk reaksi-reaksi lain).

Segala jenis urat saraf dan jantung kita bergerak cukup aktif di alam fantasi ini. Macam kene pil ecstasy pun ada (perhatian.. Saya tak pernah ambil ecstacy.. Jauhilah dadah) Kesimpulannya kita cukup seronok. Sangat seronok. Bak kata orang, sampai tak ingat dunia.. Kalau sampai dunia pun tak ingat apatah lagi akhirat ye tak?

YA!!.. AKHIRAT?

Bila mana hati kita cukup senang tersentuh, bersedih dengan scene-scene TV yang menunjukkan kematian/ kehilangan/perpisahan itu, hati kita cukup keras untuk tersentuh ataupun bersedih dengan kedhaifan/kesusahan/kematian/kehilangan anak-anak kecil di Somalia ataupun pelusuk dunia yang lain.

Bila mana hati kita cukup senang tersentuh, semangat membara berkobar-kobar dengan scene-scene TV dengan kata-kata semangat dan patriotik untuk menumpaskan musuh (cerita-cerita perang la selalu) itu, hati kita cukup keras untuk sama-sama semangat berkobar-kobar dengan perjuangan saudara-saudara kita di Palestin. Dan baru-baru ini di Syria. Demi menuntut hak individu dari pemerintah zalim.. Sanggup mati walaupun dengan hanya berarak di jalanan..

Mana Fantasi dan mana Realiti??

Ataupun babak-babak lain yang menyentuh hati? Rasa kesian? Tidak kurang juga gembira dan seronok. Lawak dan suspens pada drama-drama sinetron, Korea atau komedi Amerika dan juga drama melayu kita . Sungguh tersentuh dan menusuk kalbu.
Apa yang dirasakan itu begitu teruja untuk diceritakan pada rakan-rakan dan taulan mahupun jiran tetangga. Kalau kenal satu dunia mungkin satu dunia dah bagitahu. Begitu teruja untuk menulis status di FB, tweet di Twitter, blog-blog dan segala jenis media massa zaman ini.
“Wahai dunia.. Ombak Rindu best sangat!! Ceritu tu kan..blablabla……..(tidak lebih dari 150 patah perkataan)”

Aku cukup sedih..

Adakah kita sudah tidak tahu membezakan manakah fantasi dan manakah realiti? Membazir air mata dengan babak-babak palsu. Ya. Kita cukup seronok dengan kepalsuan dunia fantasi ini. Kita rela dan tidak mahu keluar. Terperangkap dalam dunia mimpi Inception.
Tidak kurang hebatnya apa yang berlaku di dunia realiti sekarang berbanding dari filem-filem Box office di pawagam sebenarnya. Malah ada yang lebih hebat kisahnya.
Tapi kita memilih untuk terus hidup di alam fantasi itu. Alam realiti tiada tempat di hati. Langsung tidak diambil peduli.

Apa yang membuatkan aku lebih sedih?
Bila ibu-ibu di rumah pun tergila-gila dengan drama sinetron Indonesia.
Cukup masa semua dah dekat depan TV.
“Jangan memandai-mandai tukar channel” – dialog biasa seorang ibu di rumah
Ini bukan contoh yang baik untuk anak-anak di rumah…..

Biarkanlah….
Teruslah hidup di alam fantasi
Mahupun alam mimpi di dalam mimpi di dalam mimpi
Kalau anda rasa anda bahagia di situ
Masalah umat? Ada aku kisah? Tengok Raja Lawak lagi best..

Dulu ayah aku panggil TV tu stupid box. Aku hanya gelak sinis ketika itu. Bagi aku macam-macam pengetahuan dan berita mahupun isu semasa boleh dapat dari situ. Tapi sekarang baru aku faham. Berapa peratus sangatlah yang baik dalam seharian rancangan yang disiarkan. Dengan iklan-iklan yang mengancam nafsu (terutamanya lelaki). Tidak mengira halal ataupun haram.

Sengaja atau tidak, anda merelakan diri anda melihat maksiat-maksiat secara terus terang. Merelakan diri anda di brainwash dengan pelbagai agenda dan fahaman( ini bukan freemason). Merosakkan minda separa sedar anda dengan jahiliyah yang kotor, keji sehingga anda sudah tepu. Sudah biasa mencarut? Tengok benda haram? Pergaulan bebas? Maki memaki hina menghina? Itu semua benda biasa. Yes! Biasa disiarkan di kaca TV anda. Biasa je. Biasa..

Tidak perlu lagi ke disko mahupun kelab malam kerana dalam rumah anda sendiri sudah ada disko dan kelab malamnya sendiri. Hanya dengan satu klik pada butang remote televisyen anda….
Cuma aku tak lah setuju TV tu stupid box. Bukan tv tu yang stupid, tapi mungkin manusia itu sendiri yang………..

Aku mahu hidup di alam realiti
Biarlah susah dan banyak masalah.
Tidak dibuai mimpi, angan-angan mahupun kenyataan palsu.
Dan ketahuilah..
Alam itu bukan sekadar kehidupan kita di dunia sekarang sahaja
Malah merangkumi kehidupan di akhirat
Dan di situlah kehidupan kita yang abadi
Syurga ataupun neraka

Pilihlah Fantasi atau Realiti
Pilihan anda, pengakhiran anda

.

Pilihan aku? Syurga Firdausi!

.

*video bawah ni best


2 Comments

Apa major anda?

Sewaktu kecil dulu, kita semua telah pun melalui waktu tadika. Masa itu, tak rasa macam pelajar pun, sebab kita masih kanak-kanak, yang kerjanya hanya bermain sepanjang hari tanpa mengenal erti letih.

Tetapi sedang kita membesar, tanpa kita sedar kita sudah pun memasuki alam pembelajaran, bermula di sekolah rendah. Masa itu, setiap hari kita pergi ke sekolah dengan menggalas ataupun mengheret beg yang lagi besar dari badan kita untuk membawa segala alat belajar kita – buku teks, buku latihan, buku nota, alat tulis, dan sebagainya. Walaupun pada hakikatnya apa yang kita belajar hanyalah sekadar matematik, sains, bahasa, dan lain-lain lagi. (Bila ingat balik sekarang ni rasa macam mengarut pun ada.)

Bagaimanapun, setelah kita memasuki alam sekolah menengah, beg sekolah kita menjadi semakin ringan, kerana baru kita sedar bahawa tidak ada keperluan pun sebenarnya untuk membawa beg “dumbbell” yang berkilo-kilo tu ke sekolah. Tapi yang peliknya, semakin ringan beg, semakin rumit pelajaran. Masa tu kita sudah mula belajar tentang perkara-perkara yang lebih mendalam, perkara-perkara yang kita tidak pernah terfikir pun sebelum ni. Kita belajar tentang partikel, struktur dan sifat-sifat elemen. Kita belajar tentang sel, enzim, dan strukutur badan kita. Kita juga belajar tentang elektrik, dari mana datangnya elektrik, dan bagaimana ia terhasil, dan bermacam-macam lagi, yang kalau difikirkan hanya buat serabut kepala saja.

Tetapi kita tetap bertekad untuk belajar semua itu, untuk memenuhi impian kita. Impian kita untuk membahagiakan ibu bapa, impian kita untuk menjadi seorang yang hebat, impian kita untuk disanjung tinggi, dipandang mata dunia, dan macam-macam lagi. Kalau nak sebut semua sampai bila pun tak habis.

Dari itu, kita pun melanjutkan lagi pelajaran kita ke universiti, di mana kita boleh belajar apa yang kita nak saja. Tak perlu nak fikir lagi pasal sejarah, geografi, biologi, dan lain-lain lagi yang entah tak tahu kenapa tidak diminati oleh para pelajar. Mungkin sahaja kita sudah terlalu hebat dalam bidang-bidang tersebut (ye ke?). Walau apa pun, masa itu masing-masing sudah mempunyai bidang major tersendiri. Bidang yang kita rasakan kita minat, atau bidang yang kita rasakan paling releven pada zaman ini, atau bidang yang kita rasa dapat menjamin kebahagiaan kita di masa hadapan. Kadang-kadang tu, kita merasakan bahawa bidang kitalah yang paling hebat.

“Kau major ape? Mekanikal ek? Kau tahu tak yang keadaan bumi kita ni dah tak stabil, disebabkan mesin-mesin yang manusia buatlah… Baik kau join aku, belajar tentang alam. Boleh la kita berjuang untuk menyelamatkan alam ini daripada kejahatan manusia! Haha…..”

“Aik, kau baik-baik sikit. Tu, yang kau pegang tu apa dia? Kalau bukan kerana member se-major aku yang berjaya, tak ada nya wujud i-phone u-phone ni….haaa~”

“Apa la korang ni, pasal bende kecil ni pun nak bergaduh. Cuba korang tengok aku, rilek je belajar biotech. Takde nak gaduh-gaduh nih, bukan dapat duit pun.”

“Hmm…. Tu la hampa tak mengaji sejarah betoi-betoi time kat sekolah dulu. La ni nak gaduh pulak, tak mau ambik pengajaran orang-orang dulu. Haisy…… Hampa teghok!”

Walaupun kita berada di satu institusi yang sama, kita belajar di kelas yang berasingan dengan cikgu yang berbeza, masa yang berbeza, buku teks yang berbeza, yang harganya juga berbeza. Semuanya sudah lain. Kita di dalam dunia pembelajaran kita sendiri.

Mungkin sekarang ni kita sedang asyik dengan study kita. Setiap hari kita merungut tentang cikgu yang suka bagi assignment yang banyak. Kita sentiasa kata yang kita ni sibuk, tiada masa untuk main game, tengok J-drama ataupun anime. Kita habiskan waktu siang hingga malam menghadap buku, struggle untuk exam yang makin hampir. Bila dapat result, tak kisah la OK ke tak, memang rasa lega yang teramat, rasa macam dah graduate, atau baru lepas merdeka. Kita pun pergi la lepaskan tension pada ikan-ikan segar di kedai sushi. Tak pun pergi la menjerit melalak di pusat karaoke ataupun bermain bowling dengan kawan-kawan. Tak pun kita pergi ke….

“Eh?! Kejap….”

“Kacau line la kau ni….. Apa dia?”

“Kau tak rasa macam terlupa something ke bro…….?”

“Apa dia? Kalau duit kau boleh pinjamkan kat aku kan…hehe~”

“Bukan la….. Bukan kau kena belajar ke sekarang ni?”

“Apa pulak yang kau merepek ni…. Aku baru je habis exam minggu lepas…”

“Bukan yang tu la….yang lagi satu.”

“Hmm……Oh, alamak! Aku terlupa pula pasal tu….”

Dah ingat?

Pernah tak kita terfikir selama ini, bahawa bidang major kita bukanlah bidang yang kita anggap major kita selama ni?

Ramai daripada kita yang dah terlupa, atau buat-buat lupa, bahawa kita semua berkongsi satu bidang major yang ‘lagi major’, di mana semua orang berkongsi satu kelas, belajar daripada guru yang sama, menggunakan buku teks yang sama.

Tetapi dalam keadaan alpa dan leka, kita semua sibuk menumpukan pada bidang yang minor.

Bila sahaja exam sudah hampir, kita sanggup mengorbankan masa tidur kita untuk belajar daripada mentadabbur Al-quran.

Tidak sampai 3, 4 jam kita tidur mata kita sudah celik, hanya untuk menghadap buku, bukan untuk tahajjud menghadap Yang Maha Esa.

Apabila ada sahaja waktu senggang, kita mengisi masa itu dengan Facebook, Twitter dan lain-lain, tanpa memikirkan betapa ceteknya ilmu agama kita, yang patut dipelajari dengan menelaah buku-buku ilmiah.

Kita rajin menggunakan internet untuk mencari maklumat atau bahan yang diperlukan untuk menulis report, tanpa memikirkan langsung untuk mengambil tahu tentang isu-isu semasa yang terjadi pada saudara-saudara kita di Timur Tengah.

Jadi, sekarang ni apa major kita? Engineering atau Islam?

Buku mana yang patut kita selalu rujuk? Buku teks DBP atau Al-Qur’an?

 “(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” [3:138]

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” [10:57]

Siapa lagi yang nak study kitab Allah ini kalau bukan kita, orang-orang yang mahukan petunjuk?

Kalaupun tidak cukup ilmu kita untuk mengkaji Al-Quran, tiada alasan bagi kita untuk tidak mengambil tahu tentang bidang major kita, kerana ramai senpai (senior) kita yang telah menjadi pakar dalam bidang ini, yang sedang bergiat aktif dalam mengajar tips-tips untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian semester terakhir nanti.

Maka, gunakanlah masa kita dengan sebaiknya dengan mengutamakan yang major, tanpa mengabaikan yang minor, supaya menjadi orang yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat.

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya” [2:5]