18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


Leave a comment

Salam 1433H

Perjalanan yang harus diteruskan
Dunia bukannya tempat perhentian
Melainkan hanyalah sebuah persinggahan

The PAST has gone by
It’s time to be ready for the FUTURE

Allah doesn’t judge someone based on their PAST
But how they strive to be in the FUTURE

Advertisements


Leave a comment

GOLLL!!!

sumber: http://sukakereta.blogspot.com/2011/11/gambar-sekitar-perlawanan-final-sea.html

 

GOLLLL!!!

Seluruh rakyat malaysia menjerit kegembiraan apabila sepakan penalti terakhir berjaya disempurnakan ketua pasukan Skuad Malaysia, Baddrol Bakhtiar. Dan pada ketika itulah Pasukan bola sepak Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Harimau muda dilonjak sebagai juara Bola Sepak Sukan Sea 2011 di Indonesia. Sorakan penyokong fanatik Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang dikatakan cukup menggerunkan pihak lawan setiap kali bertandang ke situ berjaya dihadapi dengan tenang oleh skuad Harimau Muda Malaysia. Tahniah diucapkan.
Seluruh rakyat begitu bangga dengan kemenangan ini. Sorakan, semangat dan ucapan tahniah memenuhi segala ruang laman sosial ketika itu. Segenap lapisan masyarakat berdebar-debar dan cemas.Bagaikan sedang bersama-sama mengharungi perlawanan di  tengah stadium Gelora Bung Karno. Semangat patriotik cukup tinggi. Seluruh rakyat bersatu hati. Jika ada musuh yang meceroboh, pasti akan lumat dikerjakan seluruh penduduk Malaysia ketika itu.

Aku cukup kagum dengan suasana itu.
Rakyat bersatu tidak kira bangsa, agama mahupun usia.
Aku juga melihat detik kemenangan itu. Walau berjauhan di bumi sakura. Aku tetap punyai rasa sayang pada tanah airku. Aku bangga aku anak Malaysia.

Namun,
Aku sedikit terkilan..

Continue reading


Leave a comment

Retrospektif

Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.

[Yunus : 99-100]

 

Sebelum ini, ayat-ayat begini, akan memberi ketenangan dan motivasi kepada kita.

Kadang-kadang letih juga, bila kita nasihat orang ke arah kebaikan untuk dirinya, tapi dia menolak. Sedangkan kita terlalu cinta untuk duduk berehat bersama dengannya di bawah pohonan rendang di syurga nanti.

 

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. Dan kamu sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka (terhadap seruanmu ini), itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta alam.

[Yusuf : 103-104]

Continue reading


1 Comment

Jarak Antara Kepala dan Tanah

Anda ada masalah?

“Mestilah ada bang. Siapa yang tak ada masalah kat dunia ni?”

Berapa banyak masalah kita?

Masalah pembelajaran, masalah hubungan dengan kawan, masalah emosi, masalah kewangan… Macam-macam jenis masalah, sebut jelah.

Macam mana nak selesaikan?

“Menyampah betul soalan ni, luahkan kat facebook ah.”

“Eh kau tau tak, mamat tu suka kutuk belakang orang.”

Luahkan di laman mukabuku? Mengumpat? Itu cara menyelesaikan masalah yang dihadapi?

Masalah ni, apa sebenarnya? Jawapannya mudah: ini hanya ujian dari Allah.

Jadi? Jalan penyelesaiannya juga mesti mudah.

Dekat sahaja jarak antara masalah dengan penyelesaiannya.

Sedekat jarak antara kepala dengan tanah… InsyaAllah, dengan mudahnya masalah itu diselesaikan.

sumber: http://www.flickr.com/photos/tepak-sireh/254183894/sizes/o/in/photostream/

Wallahualam.


Leave a comment

Satu janji

 

 

Allah [aza wajal] does not ever not fulfill his promise
Allah will never forsake his promise
So what does Allah promise the believers?

 And give glad tidings to those who believe and work righteousness,that their portion is gardens beneath which rivers flow, therein abiding forever [2:82]

In jannah are things, an eye has never seen, an ear has never heard, a mind can’t even imagine [hadeeth, Saheeh Bukharee]

 On that day you shall see how the believing men and women how their light runs before them and by their right hands, their greetings will be, good news for you this day [57:12]

The imaan that is in your heart today will be your light,you make up your mind how much light you want.

Allah will be with you. Be mindful of Allah, Allah will be mindful of you
Get to know Allah in moments of ease, Allah will know you in moments of difficulty
And then the more closer you come to Allah, until Allah becomes the eyes you see with, the ears that you hear with, the hands you use and the foot that you walk with

If you ask Allah, He will give you and if you seek refuge with Him, He will forgive you [Based on hadeeth qudsi, saheeh Bukharee]

Oh Allah, admit us into Your mercy.
We ask Allah to forgive us

We are in dire need for the mercy of Allah
We ask Allah to make us amongst those who will reach jannah

Anwar al Awlaki

Satu peringatan yang sangat menyentuh perasaan aku dari syeikh Anwar al Awlaki
Semoga beliau diterima berada dalam kalangan orang yang syahid

Tatkala kita jatuh, maka bangunlah kembali
Tatkala kita marah, senyumlah kembali
Tatkala kita sedih, bergembiralah kembali
Tatkala kita salah, perbetulkanlah kembali
Tatkala kita lemah, kuatkanlah semangatmu kembali
Tatkala kita futur, bangkitlah bermujahadah kembali
Tatkala kita berdosa, sujudlah bertaubat sepenuh hati

Tidak kiralah berulang-ulang peristiwa ini bagai tiada penghujungnya
Usahlah takut, usahlah malu, usahlah segan
Allah tetap bersama hamba-hambanya
Selagi hambanya kembali kepangkuannya
Walau dengan dosa setinggi gunung, mahupun seluas lautan
Yakinlah dengan janji Allah
Yang Maha pemurah lagi Maha pengampun
Usahlah dikesal yang sudah berlalu pergi
Teruskanlah melangkah kehadapan menyusuri perjalanan hidupmu
Luruskanlah niat, ikhlaskanlah hati,
Demi mengecap syurga firdausi
Demi mencari redha Ilahi

Allah sentiasa bersama orang-orang yang ingat padanya

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; [3:133]


1 Comment

Umpama rama-rama di riak air

Anda pernah lihat rama-rama?

(sumber : findwallpaper.info)

Pastilah pernah bukan…hehe

Saya ada suatu kisah menarik berkaitan rama-rama.

Banyak sekali, jika kita terserempak dengan rama-rama, hiasan warna tubuhnya amat istimewa pada tatapan mata. Kombinasi warnanya, cukup mempersona. Siapa sangka, dari beluncas yang menggeliut di atas tanah, dengan kuasa Allah menjadi sebegitu indah.

Hatta mata yang memandang pun sudah cukup berasa takjub dengan keindahan yang dimiliki, cuba anda bayangkan jika anda menjadi rama-rama.

Mungkin adakalanya, perasaan hairan ataupun kagum mencari ruang memenuhi ruangan hati anda.

Cuba anda bayangkan anda terbang menghampiri riak-riak air yang tenang. Pasti semakin hampir, semakin anda jelas dengan kecantikan yang anda miliki.

Kekaguman anda dengan indahnya corak-corak yang berada di badan, menjadikan anda semakin ralit menghayati setiap jalur warna yang ada. Anda mula memuji-muji tona warna yang menyerlah itu. Kontra-kontra warna garang yang wujud, anda titipi dengan rasa bangga, kerana mampu menarik perhatian walaupun dari jauh.

Sedar tidak sedar, dek kerana terlalu takjub dengan keindahan diri, kaki anda mula menyentuh air, diikuti dengan abdomen. Tatkala air sudah membasahi sehingga ke sayap anda, pasti sahaja anda sudah kelewatan untuk bangkit dari mimpi-mimpi ralit memerhati diri.

Maka hanyutlah anda kelemasan-ketika sedang asyik khusyuk membenahi hati anda dengan perasaan kagum…

Namun saudara-saudara, anda bukan rama-rama. Anda adalah manusia.

Memang benar adakalanya kita dikurniakan perasaan ujub, kagum atau berasa hairan dan bangga dengan apa yang kita beroleh di dunia fana ini.

Pasti ada ketikanya kita ralit memperhatikan segala keindahan yang ada disekelilng kita.

Mari kita tanyakan pada hati-hati kita, apa sahaja yang kita miliki yang berupaya menghalang kita dari hanyut ditenggelami air, seperti yang dialami sang rama-rama?

Tanyalah…

Saudaraku, ketahuilah kita ada iman.

Dengan iman itulah yang akan menyedarkan kita, bahawa semakin jelas kita dengan kecantikan, kehebatan diri kita, kita sebenarnya sedang menghampiri permukaan air. Jika terus leka dan alpa, maka tenggelam dan lemaslah kita.

Hilanglah segala apa yang kita kagumi selama ini, hanyut dibawa arus.

Jadi saudara-saudara, marilah kita membentengi diri kita dengan penglihatan iman. Agar kita tahu untuk sedar dan bangkit, di saat kekaguman semakin menjelas, bahawa permukaan air semakin menghampir untuk menenggelamkan kita.

Usahlah kita menjadi rama-rama.

(sumber : melissacrytzerfry.com)

Betapa seringnya ia melihat bayangan dirinya yang terpantulkan oleh riak air seakan-akan bagaikan bintang yang berkilauan, sedang permukaan air adalah cakerawalanya.

Ia terbang mengelilinginya, menatapinya dan merindukan seandainya dapat hinggap padanya. Akan tetapi hampir sahaja ia binasa tenggelam seandainya tidak segera sedar. Itulah gambaran jiwa yang beriman, mustahil membodohi dirinya.

Jelas sekali perbedaan antara kesesatan dan petunjuk baginya.

-Ahmad Mukhtar Al-Wazi


1 Comment

Maju atau Tenggelam?

image source: http://www.freestockphotos.biz/stockphoto/9849

Terbentang luas lautan biru di hadapan mata. Indah kan? (Subhanallah…)

Lautan. Biru airnya. Tanpanya, mustahil kita mampu berlayar. Tapi bila airnya masuk ke dalam kapal, tenggelamlah kita.

Dunia ni sama juga, tiada bezanya.

Kita memerlukan dunia ini untuk belayar ke akhirat, tapi bila dunia masuk ke hati, maka tenggelamlah kita dalam lautan duniawi dan hedonisme.

Renungkan.

Para sahabat zaman Rasulullah s.a.w. yang kaya raya mendermakan semua hartanya ke jalan Islam. Kenapa?

Memang benar, duit itu adalah mata wang dunia. Tapi mereka menggunakannya ke jalan Allah demi memperjuangkan Islam (atau belayar ke akhirat) bukan dengan menggunakannya untuk keseronokan nafsu duniawi (atau tenggelam ke dasar laut).

Renungkan.

Adakah kita benar-benar menggunakan dunia ini sebagai pelayaran ke akhirat atau sebaliknya?

Wallahualam.