18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.

Tentang Kami

14:24-25

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Assalamu’alaikum~

Sebagai da’ie yang mengembara dan ghurabaa’ yang merantau di negara asing, kami menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk dijadikan medan da’wah kami untuk menyampaikan dan mengajarkan Islam.

Dari itu, blog ini kami jadikan sebagai salah satu wasilah kami untuk menyatakan buah fikiran, pandangan, dan juga pengalaman kami untuk dikongsi dan dibuat renungan bersama.

Tetapi, mungkin ada yang tertanya-tanya

18kippu tu bukan tiket untuk naik tren tu ke? Yang boleh guna sepanjang masa cuti tu…”

“Ada apa dengan 18kippu nih? Ada promotion lagi ke?”

18kippu? Blog ni JR punye ke?”

Sebenarnya, kami berhasrat untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu stesen, yang dapat dijadikan sebagai tempat berkumpulnya manusia, untuk ikut bersama kami menaiki tren yang bergerak di atas landasan yang lurus.

Mengambil inspirasi daripada tiket inilah, kami mengorak langkah, biarpun dengan kapal terbang mahupun berkaki ayam, kami melihat alam yang terbentang luas ini dengan mata hati, berfikir di atas landasan ad-deen, mentafsir mengikut fikrah islamiyyah, beramal dan memuji Sang Pencipta yang Maha Agung, supaya tiket ini dapat digunakan sebagai pass ticket kita bersama, menuju ke destinasi akhir, syurga Allah s.w.t.

InsyaALLAH~

3 thoughts on “Tentang Kami

  1. terima kasih… salam ukhuwwah…
    mohon tunjuk ajar dan nasihat… 🙂

  2. bagus belog ini. ayat2nya ringkas tapi padu. menusuk terus ke dalam kalbu. memang amat sesuai untuk bacaan muda-mudi yg dahagakan sumber2 alternatif tarbiyyah yang terkini dan sensasi. ewaaaahh.

    salaam ukhuwwah. teruskan perjuangan! langkah laju ke hadapan, jangan sesekali tewas dengan cobaan..!

    syabas..! 😉

    • Alhamdulillah…
      Terima Kasih atas sokongan dan galakan anda untuk kami menyebarkan ilmu kebenaran ini. Sama-sama lah kita terus berjuang di atas jalan ini.
      Moga kita semua mendapat manfaat daripada blog ini…insyaAllah~ =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s