18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.


3 Comments

Lupakah Kita?

LUPAKAH KITA?

Kebelakangan ni ramai para pelajar yang berkicau dengan agak kasar di facebook, gara-gara duit scholar masuk lambat. Ada yang melenting mengutuk pihak tertentu, ada yang menghapdet sindiran yang sinis, dan…. macam2 lagi….

Tetapi dalam kesemua itu ada juga yang memilih untuk bersabar, mengharapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dijanjikan. Tahniah buat anda ini. =D

Begitulah manusia, menyalahkan manusia yang lain kalau ditimpa musibah, hanya kerana kelemahan manusia yang memang serba kurang upaya.

“Manusia hanya merancang, tetapi Allah lah sebai-baik perancang.”Begitu selesa dengan kehidupan di Jepun ini, kita sudah lupa dengan segala kesusahan yang wujud di dunia ini. Lupakah kita di sebalik kehidupan kita ini, ada orang-orang yang sedang menghadapi kesusahan yang lebih teruk di sebalik sana?Ada yang berulang kali berpindah-randah kerana dihalau tuan rumah. Ada yang ‘black-out’ selama sebulan gara-gara sewa yang tertunggak. Ada juga yang kelaparan setiap hari disebabkan musnah rumah dan ladangnya! (Syria, Palestin dll…)

“Di sebalik setiap kesusahan, ada kesenangan.”

Bukankah kita masih hidup? nikmat hidup itu sendiri sahaja sudah menjadi satu ‘hujah’ yang kuat untuk mengalahkan segala kesusahan yang kita hadapi. Kalau tak hidup, tak boleh lah kita nak mencerca-cerci pihak tertentu bukan? huh…(nada sinis)

Udara? Ada. Air? Ada. Elektrik? Ada. Tak cukup?

Hmm……
29:2

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [29:2]
“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu………..Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” [3:186]Gedebuk! (kelapa jatuh atas kepala)Nah! Tak ke semua itu menjawab segala persoalan perihal musibah ini?

Kita menikmati duit scholar tanpa mengingati siapa yang bayar cukai. Kita juga mengutuk pihak tertentu tanpa mengingati siapa yang membiayai bulan-bulan sebelum ini.

Pernah ucap terima kasih? (jawab sendiri)

Ironinya, kita terlupa bahawa semua itu datang dari satu pihak, dengan tujuan tertentu. Yang pastinya bukan untuk membuatkan kita bengang dan gila. Ia hanyalah surat cinta yang memanggil kita kembali supaya tidak curang. Perasan?

34:21
“Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.” [34:21]Terserah pada anda, mahu terus melangkah melalui ujian-ujian tersebut, atau graduate dari dunia ini dengan markah F sambil membuat gaya facepalm. Kelepap!Mungkin kesenangan di dalam kesusahan yang dikatakan sedang menanti di akhirat sana. Kesenangan abadi yang tercatat di dalam Al-Qur’an.

Anda tak nak?

Saya nak. =)


Leave a comment

Manusia Biasa

https://i0.wp.com/1.bp.blogspot.com/-rf3-lOgHdzU/TagzXZbfoGI/AAAAAAAACjI/5GpBbs6IhrM/s1600/denai.jpg

 

Kita hanyalah manusia biasa…

Kita bukanlah ahli sukan angkat berat nak pikul benda-benda yang berat.
Kita bukanlah doktor pakar yang boleh rawat segala penyakit.
Kita juga bukanlah nabi yang bebas dari segala dosa.

Kita hanyalah manusia biasa…

Yang kadang-kala bertemu liku dan ujian yang berat, ada waktu terasa hati luka dan duka, dan ada kalanya terasa sesal dengan diri yang penuh dosa.
Adapun semua itu berlaku, ada juga satu masa, ketika hati ini terasa ringan. Ringan seperti debunga yang terbang, melalui jalan-jalan udara. Waktu ketika hati ini sangat dekat dengan-Nya.

2:45

 

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” [2:45]

 

Kita hanyalah manusia biasa…

Ujian yang kita hadapi memang terkala sangat berat, pedih dan pilu. Maka, janganlah kita menambah berat beban itu dengan solat yang berat. Kita mengharap pertolongan yang ‘instant’ daripada Allah dengan solat yang juga ‘instant’. Tak ke hati jadi lagi serabut begitu?
Solat itu bukanlah hanya pergerakan ‘kosong’. Ia juga bukanlah sekadar waktu untuk membaca wahyu. Tetapi ia adalah pergerakan hati kita menuju Allah, dengan bacaan yang tenang dan khusyuk. Dengan itu, barulah hati kita terbang melayang…. tak begitu?

 

Ya, kita hanyalah manusia biasa….. yang istimewa kerana hubungannya dengan Yang Maha Esa. =)


Leave a comment

Dari Pena Rijal

Assalamualaikum wbt.

Menemui pembaca setia 18Kippu dan Shiroi Koibito, semoga berada dalam rahmat  Allah hendaknya. PENGUMUMAN! Buat pembaca kami sekalian, tahun ini pihak kami mengadakan pertandingan menulis karya; Dari Pena Rijal.. Dari Pena Rijal yang pertama kali diadakan ini adalah terbuka kepada semua muslimin dan muslimat -pemegang passport Malaysia yang berada di Jepun. KAMI MENANTI KARYA ANDA!

Ehem ehem… Saya tahu  ramai di luar sana yang setelah mendengar Ini Sejarah Kita, Syahadatul Haq, Sayonara Jahiliyah dan sebagainya; pasti tak senang duduk, hati seperti melompat-lompat mahu buat sesuatu untuk Islam, kan? Ahhah! Mungkinkah ini peluang untuk anda membuat amal dakwah?

Hey hey hey. Medan dakwah bukan hanya pada ceramah sahaja, betul? Teringat petikan kata-kata Ustaz Salim A. Fillah dalam salah satu bukunya yang menyebut; jika dakwah hanyalah ceramah, maka yang dunia perlukan hanyalah lidah, tak perlu anggota yang lain. Jadi jangan lepaskan peluang amal dakwah ini. Mungkin dari sini anda boleh mencari logam dalam diri anda? Dan mungkin ini menjadi titik tolak untuk anda istiqamah berkarya demi ummah? Sedia?

SYARAT-SYARAT

Seperti semua sedia maklum, setiap pertandingan pasti ada syarat-syaratnya. Maka, bagi sesiapa yang ingin menyertai Dari Pena Rijal, hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Anda adalah seorang muslim atau muslimah, warganegara Malaysia dan menetap di Jepun.
  • Karya anda adalah bebas. Tak kisah lah nak tulis dalam kategori apa. Contohnya seperti; artikel, cerpen, puisi dan sebagainya. Terpulang pada kreativiti anda. Panjang karya juga adalah bebas.
  • Karya anda hendaklah sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Jepun. Karya yang dihasilkan dalam bahasa lain akan ditolak penyertaannya. Pihak kami juga tidak menggalakkan anda untuk terlalu banyak mencampur-adukkan tiga bahasa tadi (sama ada ketiga-tiganya atau dua daripadanya) dalam satu karya.
  • Setiap karya yang dihasilkan hendaklah mengikut tema salah satu daripada tema berikut:
  1. Aku, Islam dan Jepun
  2. Mereka Robot Bernyawa?
  3. Sayonara Jahiliyah
  4. Mencari Hati (心探し)
  5. Kebenarannya (本当なのは)
  6. Akhwat Pakai Jersi
  7. Di Jalan Ini Aku…
  8. Aku Tanpa Bulatan Gembira
  9. Di Sini Aku Bertemu Cinta
  10. Dalam Hati Ada…

 

  • Anda boleh menghantar seberapa banyak karya sebelum tarikh tutup pertandingan. Namun demikian, setiap karya yang anda hantar hendaklah berbeza temanya. Contohnya, anda telah menghantar karya pertama dengan tema A, maka karya kedua tidak boleh lagi menggunakan tema A.
  • Setiap karya hendaklah mematuhi polisi penulisan yang telah ditetapkan oleh pihak kami; iaitu:
  1. Sumber yang diambil mestilah sahih. Elakkan mengambil sumber dari berita yang samar dan tidak pasti kesahihannya. Sumber dari Al-Quran hendaklah ditulis seperti [Al-Fatihah 1:3] dan [Al-Fatihah 1:3-6] selepas petikan ayat tersebut. Bagi hadis pula, hendaklah ditulis seperti [HR Bukhari].
  2. Elakkan menulis karya yang bermain dengan isu sensitif seperti isu politik, perkauman dan sebagainya.
  3. Tidak menyalin-tampal (copy-paste) karya orang lain. Sila rujuk syarat nombor 6.
  4. Tidak menggunakan link mahupun quote daripada artikel lain. Kata-kata sahabat, tokoh dan sebagainya dibenarkan dengan menulis berdasarkan gaya bahasa anda sendiri.
  5. Tidak menggunakan short form seperti: cth, dgn, yg, &, hati2 dan sebagainya.
  6. Gunakan huruf besar pada setiap permulaan ayat. Jangan lupa jarak (space) selepas noktah dan koma.
  7. Tidak perlu meletakkan gambar.

 

  • Karya anda mestilah asli, yakni karya anda adalah hasil perahan otak, tulus dari hati dan diterjemahkan sendiri oleh jari jemari anda tanpa ada unsur-unsur mengambil karya orang lain. Anda dilarang sama sekali untuk mempublisitikan karya yang telah anda hasilkan di blog, Facebook dan sebagainya selama tempoh pertandingan ini dijalankan dan selama tempoh pengadilan dilakukan. Dan kami juga tidak akan menerima karya yang telah anda hasilkan sebelum pertandingan ini diadakan walaupun ianya adalah seratus peratus hasil karya anda. Ini adalah demi menjaga hak cipta anda sendiri.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Disember 2012 pada jam 11:49 malam. Sebarang penyertaan selepas dari waktu tersebut akan ditolak. Hantarkan karya anda di sini dan isi lengkap maklumat-maklumat yang kami perlukan.
  • Kami bebas menggunakan dan menerbitkan karya-karya yang anda hantar dalam saluran-saluran media kami, di Facebook, blog dan sebagainya.

 

Baca sekali lagi syarat-syarat  di atas.

 

HADIAH DAN GANJARAN

Kami tidak menjanjikan hadiah yang lumayan untuk anda. Tapi insyaAllah akan cuba memberikan yang terbaik selagi kudrat dikandung badan. Cewah. Mungkin karya anda akan kami kongsikan di blog kami. Hmm teruja? Tentunya ganjaran yang lebih baik itu hanya Allah yang layak memberikannya pada anda. Semoga dengan penulisan anda, Allah membuka hati ramai lagi manusia di luar sana untuk kembali ke landasan yang benar. Kita hanya mengetuk, tapi yang membukanya adalah Allah

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang yang berserah diri”?

[Fushshilat 41: 33]

Sekian pengumuman daripada saya, sebagai wakil barisan penulis-penulis 18Kippu dan Shiroi Koibito. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di laman Facebook kami; Shiroi Koibito.

Angkat pena mu dan tulislah,

bukan kerana sekadar mahupun semata.

Tulislah- bukan sebuah keraguan;

tapi kau hidup dengan katamu.

Sekian Allahualam.


Leave a comment

PAUSED

Ya, PAUSED . . .

Itulah butang yang tertera dua garisan menegak yang kita kenali sebagai butang PAUSE. Tak perlulah nak kita introduce-kan butang yang kita dah kenali ni kan?

Kalau tak kenal butang ni dari video player pun, bagi yang biasa main game, tak sah kalau tak kenal butang ni.

“Ada apa tentang butang ni?”

Tiada apa-apa yang istimewa pun.

“Jadi?”

OK, tenang. Sebelum seribu satu tanda soal mula muncul dalam kepala tu, cuba kita takrifkan makna PAUSE ini.

“Makna PAUSE? Mmmmm….. Henti? Terhenti? Tak bergerak?”

Bagus. Tak sia-sia kita tekan butang PAUSE ni kan? Dapat juga kita belajar sepatah kalimah dari bahasa orang putih ni. Tapi itu cuma makna dari segi bahasa kan?

“Dari segi bahasa? Itu jelah maksud PAUSE. Terhenti. Video yang terhenti ke, game yang terhenti ke…”

Kadangkala kita tak sedar, betapa sempitnya fikiran kita, bila sebut perkataan PAUSE atau terhenti ni, kita terbayang video yang ter-PAUSE dan game yang ter-PAUSE.

Perjalanan pun boleh terhenti kan?

Satu perjalanan yang sepatutnya terus maju ke hadapan, terhenti.  Kenapa agaknya?

Kadangkala, kerana ada sesuatu yang kita takuti berada di hadapan kita, kita hentikan perjalanan kita. Kalau ada ular sawa besar di tengah jalan, mestilah kita henti kan? (melainkan yang anggap dirinya Tarzan lah, mungkin akan cuba serang ular tu… all the best lah kalau begitu)

Mungkin bukan sesuatu yang bahaya, tapi sesuatu yang kita tak nak hadapi. Ujian, ketetapan…

Contohnya, kalau kita ada peperiksaan minggu depan, dan kita langsung tak belajar lagi. Haaa, gelabah, takut, berpeluh sampai basah satu badan, tak mau duduk dalam dewan peperiksaan. Kalau boleh nak PAUSE saat tu jugak.

Sedarkah kita, ini bukan video ataupun game, ini adalah realiti. Tak kira dalam keadaan macam mana sekalipun, aliran sungai masa tetap akan mengalir, jarum jam akan tetap bergerak ke hadapan.

Kalaulah kita PAUSE kan keadaan itu pun, bolehkah kata kita berjaya elakkan bahaya tu ke? Kalau kita sedang tengok movie hantu, dan kita dah tahu dari rakan-rakan yang babak yang akan datang beberapa saat kemudian ni akan ada hantu yang muncul, kita mungkin boleh PAUSE. Tapi? Kita mungkin berjaya elak, tapi hakikatnya kita mengelak hanya buat sementara.

Sedarlah, ini realiti. Kalau ada peperiksaan besar yang menjelang, tak perlu lah kita sibuk nak cari cara untuk mengelak. Apa salahnya kalau kita terus maju ke hadapan? Walaupun kita mungkin akan jatuh, tapi tak bermaksud kita tak boleh bangun semula kan?

Dan tak dilupakan juga, sebelum kita terhantuk, apa salahnya kita buat persediaan yang rapi? Taklah gelabah bila tiba saat ujian itu tiba, betul tak?

Jadi sama-sama lah kita sedar, dalam kehidupan ini, memang ada banyak rintangan, memang ada banyak dugaan, tapi dari mengelak atau menghentikan perjalanan kita, apa salahnya kita rempuh dugaan itu dengan persediaan yang penuh mantap?

Sampaikan malaikatul maut pun tak akan henti bila telah tiba ‘masa’nya. Adakah saat itu kita nak PAUSE sebab persediaan kita ke dunia yang lain itu belum mantap lagi?

Renungkanlah. Wallahualam.


Leave a comment

Rijal yang malas-malasan…

Kembara umur membawa manusia melalui beberapa fasa. Fasa bayi, fasa kanak-kanak, fasa remaja, fasa dewasa dan fasa tua. Setiap fasa-fasa itu punyai ciri-ciri dan istimewa yang khusus. Ketika bayi disayangi dan ditatangi, ketika kanak-kanak segala kesilapan dan kenakalan dimaafi, fasa remaja waktu mencari identiti, fasa dewasa fasa berbakti dan fasa tua kembali kepada kebergantungan untuk disayangi seperti bayi.

Modal yang ada

Bagi sesebuah negara, untuk dikelaskan sebagai negara yang mempunyai harapan, ianya akan dinilai dari segi bilangan muda-mudi yang dimilikinya. Ia baru bilangan, belum lagi kualiti yang dimiliki muda-mudinya. Beruntung amatlah sesebuah negara itu jika pemuda-pemudinya ramai, bahkan berkualiti tinggi pula.

Kenapa dinilai pada pemuda-pemudi?

Kerana itulah fasa bagi segala kebarangkalian. Mereka punyai masa untuk dimanfaatkan. Mereka punyai mimpi yang kepingin untuk dilunaskan. Mereka punyai kudrat untuk dikerjakan. Mereka punyai semangat yang mampu menggugah. Mereka punyai kebijakan yang pantas mengalirkan idea. Dan seribu satu macam lagi kemampuan, kelebihan dan kehebatan.

Namun, hakikatnya bilangan yang banyak bukanlah segala-galanya. Kebobrokan masyarakat, masih lagi berleluasa. Keengganan manusia memanfaatkan akal untuk menerima yang benar dan menolak yang rosak masih jauh. Malah masih ramai lagi yang memilih untuk khayal dalam lautan mimpi keseronokan gejolak hawa nafsu.

Bila ini semua akan berakhir?

Di sinilah terletaknya kesedaran yang mendalam yang mampu menggerakkan perubahan. Setiap yang tersedar, harus meraikan kesedarannya dengan menyinsing lengan merangkul perubahan. Pasakkan semangat yang menggunung, lebarkan ia dengan kesungguhan dalam melaksana! Ketahuilah, fasa yang lebih istimewa dari kesemua fasa-fasa tadi ialah fasa diri menjadi RIJAL. Ianya tidak mengenal usia, tidak membedakan kemampuan dan tiada segregasi dalam relung beramal.

Cumanya, fasa rijal itu ada waktu optimumnya-iaitu ketika ia berada di perantara fasa remaja dan fasa dewasa. Di situlah segala kekuatan, kebijaksanaan, kesungguhan, semangat yang melimpah ruah, kudrat yang gagah dimiliki. Bukankah rugi jika fasa rijal itu hadir setelah segala otot berteriakan tanda dimamah usia?

Kerjakanlah! Inilah masa kita. Kemampuan dan segala kehebatan yang ada sekarang mustahil akan kembali lagi. Ianya akan tetap mengalir sepertimana air. Merugilah bagi sesiapa yang terlepaskannya. Bangkit, dan lawanlah malasmu!

Kerana kamu seorang RIJAL!


Leave a comment

Dai’e Munafiq?

.

.

Semakin lama aku di jalan ini, semakin banyak yang mengajarku

 

Takwin itu susah, payah, lambat lagi panjang

 

Semenjak dua menjak ini aku seakan penat.. Penat jiwa dan fizikal..

Apa yang aku lakukan bagai tiada hasilnya
Mad’u bagai tidak menampakkan perubahan ketara
Gejala ikhwah mandul semakin berleluasa
Apabila keperluan untuk penerusan tarbiyah itu semakin kritikal
Tapi bilangan murobbi yang tinggal?? Cukup merisaukan..

 

Sedangkan dakwah itu terus berkembang

Laju menderu meninggalkan aku yang masih terkial-kial

Dek kerana aku yang selalu bertangguh

Selalu melengah-lengah dalam beramal

Tidak serius dan selalu mengambil mudah

 

Aku juga bagai terlalu banyak berkata-kata

Kononnya menasihati dan menyeru amar maaruf dan nahi munkar

Tapi nampaknya aku pula kurang mengisi

Bekalan ibadat yang sepatutnya menjadi kewajipan seorang daie.
Cukup menyedihkan
Kononnya tiada masa kerana sibuk bawa usrah jauh-jauh, banyak meeting, kerja banyak, aktiviti lokaliti, family, kena muayasyah dengan orang lagi….lagi?
Akibatnya?

Banyak output tetapi tiada input

Gelas menjadi kosong

Hati menjadi lesu

Amal menjadi tepu

Futur…..

 

Dan apa yang aku kononnya seru itu

Bagai hanya cakap kosong

Bersemangat ketika di hadapan ikhwah-ikhwah mahupun mad’u-mad’u

Tapi ketika berseorangan?

Hakikatnya cukup berbeza

Cukup hanya antara aku dan Allah yang mengetahuinya….

 

“Hanzalah telah menjadi seorang munfik.”

 

Tempiak Hanzalah kerana perubahan semangatnya ketika tidak lagi berdampingan dengan Rasululluah..
Sungguh sensitif seorang sahabat tentang tahap keimanan mereka..

Mungkin aku juga seorang munafiq?

 

 

Di depan nampak lain, di belakang pula lain

Mungkir janji?

“nanti saya reply” “insyaAllah saya buat” “kita start pukul 9” “jumpa minggu ni”
Mungkin nampak kecil, tapi ia tetap satu janji yang perlu ditunakan..

Mementingkan diri, banyak beralasan, berolok-olok…

Dan banyak lagi sifat-sifat yang boleh dilihat dalam surah At-taubah, ketika golongan ini cukup susah untuk ikut sekali berperang, jika mereka ikut sekalipun tidak akan menambah kekuatan sedikitpun malah menambah kekacaun

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antara kamu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.[9:47]

 

Bukankah kita dah berjanji untuk all out dalam dakwah & tarbiyah ini?
Melihatkan ummat yang semakin lesu ini?
Adakah ianya hanya satu janji palsu?
Apabila diri ini selalu lengah dan leka

Dan apabila melihatkan diriku sendirian

Bagai lebih lesu berbanding yang di luar sana

Mungkin aku juga seorang munafiq?

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?[61:2]

 

Mengapa aku menulis?

Hanya ingin meluahkan

Apa yang terbuku di hati
dan sebagai bukti, manifestasi diriku..

 

Kerana aku sayangkan jalan ini

Yang mengajar aku erti sebenar islam dan jahiliyah

Kerana aku tahu, masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu

Seperti aku dahulu

Hanya kerana seorang brother yang sanggup datang berjauhan menyantuni kami

Aku juga mesti menjadi seperti itu

Kerana tanpa brother itu, mungkin aku terus hanyut dalam dunia fantasi

Tanpa mengenal tujuan hidup dan erti deen ini..
Dan aku pasti, dia pasti cukup banyak bersabar dengan diriku
Dan aku? Sudah mula merungut-rungut..
Aku juga merasa pelik.. Serius sungguh pelik..
Bagaimana aku boleh berada di jalan ini

Berbanding rakan-rakanku yang lain

Yang aku rasakan sepatutnya lebih layak untuk berada di sini

Sungguh Allah lah sebaik-baik perancang

Dan pemberi taufik dan hidayah

 

Dan tanpa aku berbuat sesuatu

Bagaimana mungkin akan muncul sesuatu?
Dan ustaziyatul alam? Hanyalah angan-angan dan mimpi kosong

Tanpa ada tangan yang membinanya
Dan asasnya ialah individu muslim yang mampu membina individu muslim yang lain dan seterusnya.

Jika tidak? Aku hanya bermain-main dengan jalan ini.

 

Atau mungkin aku seorang munafik?
Dakwah dan tarbiyah perlu berterusan

 

Walaupun aku cukup lemah dan serba kekurangan

 

AKU DAI’E ISLAM !
MENYERU PENUH KEIKHLASAN !

 

Doakan aku ya ikhwah

Aku memerlukanmu..

Doa Rabitah


Leave a comment

Taknak sudah!

.

.

Sekarang mode Global March to Jerusalem

Saya mahu join berarak sekali, tapi GMJ tiada di Jepun
Saya juga mahu ke Palestin, atau Syria, berjuang bersama mereka
Sebab saya mahu mati syahid, nanti dapat tiket free masuk syurga

Tapi yakin ke saya akan masuk syurga mati sebagai muslim?

Kalau saya pun tak hidup sebagai muslim (ad-deen yang sebanar) ?

……….

………………………………..

(T_T)

Saya juga mahu Palestin bebas!
Saya mahu juga seluruh rakyat Jepun, Malaysia dan satu dunia peluk islam!
Saya juga mahu khalifah tertegak kembali! Islam sebagai Ustaziyatul Alam!

Tapi sebesar mana pun cita-cita saya

Takkan tercapai dengan hanya kata-kata dan duduk lengah bermalas-malasan

…………………..

………………………………………….

(T_T)
.

Mahu ke tidak saya sebenarnya?

………………………

…………………………………………

(T_T)
.

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu

………………

……………………………..

.

Astaghfirullahala’dzim

Ya Allah, jauhkanlah kami dari menuruti langkah-langkah syaitan dan sifat-sifat orang munafiq. Kurniakanlah kami keimanan yang sempurna, Ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.
Demi keredhaanMu, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Amin
.

 

 

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.[2:208]

Cita-cita kita besar! Tapi mengapa hati-hati kita masih kecil?

 

Yosh! Ganbarimashou!

 

OK ! On Mode GMJ balik ~

.

 

 

Free Free Palestine!

Free Free Palestine!

Long Live Palestine!

.


Leave a comment

Isu Palestin

Allah Ta’ala berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 75,

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.”

Saudara-saudara yang dikasihi Allah sekalian,
Saban hari kita mendengar jeritan dan tangisan saudara-saudara kita di luar sana, samada di facebook mahupun di youtube. Setiap kali melihat video-video seumpama itu, kita berasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku terhadap mereka. Kekejaman yang menjangkaui batas manusia, penindasan terhadap golongan yang lemah, rampasan tanah dan tempat tinggal yang sekian lama diduduki, siapa yang tidak simpati melihat semua ini? Sebagai seorang manusia, memang secara fitrahnya akan berasa sedemikian apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan.

Ya, itulah yang patut dirasai oleh semua orang. Tetapi, adakah kita, yang mengucap dua kalimah syahadah seperti mereka di sana, mahu berhenti hanya setakat melihat video di facebook, yang mana tidak lebih daripada satu ‘hiburan’ untuk mengisi masa lapang di kala kita menyemak laman muka buku kita, ataupun hanya sekadar berkongsi video tersebut dengan rakan sekumpulan (baca : group) di facebook? Tidak! Sama sekali tidak!

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”

Saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian,
Sebagai seorang muslim, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil berat tentang isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam. Apa yang sedang berlaku? Bagaimana ia boleh terjadi? Apakah puncanya? Semua itu haruslah berada di dalam lingkungan fikiran kita. Jikalau kita yang juga seorang muslim, tidak mampu untuk menjawab segala pertanyaan ini, maka tiada gunalah kita memarahi mereka yang melabelkan Islam sebaga agama terrorist. Kerana kitalah yang menyokong idea tersebut!

Sabda Nabi S.A.W lagi,

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Apakah kita akan membiarkan seekor nyamuk menghisap darah kita, tanpa menghalau atau membunuh nyamuk tersebut? Tidakkah gatal tempat yang dihinggap itu? Tidakkah sakit membiarkan ia membengkak merah? Maka, samalah juga dengan isu hangat yang sedanga berlaku di Timur Tengah sekarang ini. Tidakkah kita merasa sakit tatkala saudara-saudara kita disiksa, dicerca dan dibunuh? Punyakah lagi kita masa untuk tidur lena tanpa memikirkan kesakitan yang sepatutnya dirasai sekarang ini?

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bersama-sama bangkit menghalau musuh-musuh Allah ini. Sudah sekian 60 tahun lamanya kita berada dalam kesakitan, mahukah kita biarkan nyamuk-nyamuk ini terus menghinggap di bumi Palestin kita? Sama sekali tidak! Janganlah kita pernah sesekali berputus asa untuk sentiasa membantu saudara-saudara kita, samada dari segi kewangan mahupun material. Janganlah kita berhenti bergantung harap kepada Allah, sehingga rejim zionis laknatullah dikalahkan dan Al-Aqsa dibebaskan.

Firman Allah di dalam surah As-Saff,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Wahai rijal-rijal Islam sekalian,
Andai kata kamu tidak berkehendak untuk menolong agama Allah ini, jangan kamu menyesal di akhirat nanti jika janji-janji Allah terhadap hamba-hambaNya tidak dapat kamu kecapi. Moga-moga kita semua sentiasa thabat di atas jalan jihad ini dan sentiasa diredhai olehNya.


Leave a comment

Antara Aku Dengan Dia Sahaja

Kadangkala kita bertujuan baik, membina sebuah bangunan, agar sama-sama kita dapat memanfaatkannya. Tapi ada juga orang yang mengutuk, merobohkannya dalam masa sehari.

Bina je

Kadangkala kita bertujuan baik, menasihati orang lain, agar sama-sama kita dapat kebaikan. Tapi ada juga orang yang mengejek, kata belakang dan menyakitkan hati.

Nasihat je...

Kadangkala kita bertujuan baik, menolong orang, agar kita dapat sama-sama dapat bina komuniti harmoni. Tapi ada juga orang yang mencaci, sangka buruk tak henti-henti.

Tolong je...

Kadangkala apa yang kita buat, ada juga orang yang membantah, ada juga orang yang menghina…

Buat je...

Apabila kerja itu lillahitaala, buat je lah untuk dapatkan ganjaran-Nya. Dosa-pahala bukan antara kita dengan mereka, tapi antara kita dengan Dia je...

Wallahualam.


Leave a comment

Pendusta Agama

.

.

SYRIA , PALESTIN
Hanya secebis coretan
Kekejaman, kezaliman, penindasan, tanpa peri kemanusiaan
Dalam sejarah perjalanan manusia
Ianya bukan satu rekaan atau ilusi
Malah satu realiti
Meraka ditindas dan dizalimi
Tapi cukup malang dan sedih sekali
Kita?? Yang mengaku beriman dengan agama ini,
Hanya duduk lengah memerhati…

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim
dan tidak mendorong memberi makan orang miskin
Maka celakalah orang yang solat
orang-orang yang lalai terhadap solatnya
Yang berbuat ria
dan enggan (memberikan) bantuan

Al-ma’un 1-7

Bangunlah dari mimpi
Dan buktikanlah diri
Bukan sekadar ambil peduli
Tanpa sebarang aksi
Kerana diri kita sendiri yang akan menjadi saksi
Setelah dibangkitkan kembali

Apa layakkah kita untuk mengecap syurga?
Apa hujah kita di akhirat nanti?
Mana bukti kita untuk hari pembalasan nanti?

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.[3:142]

Kiamat itu sangat dekat
Tapi MAUT itu lebih dekat

Jadi??
Apa yang ditunggu lagi???

Hai orang yang berkemul (berselimut),
bangunlah, lalu segeralah beri peringatan!
dan Tuhanmu agungkanlah!
dan pakaianmu bersihkanlah,
dan perbuatan dosa tinggalkanlah,
dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.
Dan untuk Tuhanmu, bersabarlah.
Apabila ditiup sangkakala,
maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit

Al-Muddatstsir 1-9