18kippu

Jom lepak! Kita beriman sejenak.

Study dan Sujud, Bukan Last Minute

3 Comments

Dua minggu lagi ada test.

Si pelajarnya?

“Sempat je lagi nak study ni. Boleh je.”

Tanpa menyedari aliran masa yang lebih laju dari arus sungai yang paling deras, dua minggu menjadi dua hari dalam sekelip mata.

“Mmmmm, sempat lagi kot. Nota ada, soalan tahun lepas ada. Boleh je.”

Ke-chak bunyi jarum jam melepasi angka 12 menandakan tinggal satu hari sahaja lagi sebelum hari peperiksaan.

Sedikit rasa gelabah, sedikit rasa perasaan cuba-mengawal-keadaan, dibuka nota yang disalin dalam kelas, soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dicubaselesaikan.

“Hmmmm………”

Ke-chak demi ke-chak bunyi jarum jam bergerak tanpa mengerti perasaan sang pelajar tadi.

Perasaan gelabah mula membanjiri kepala, tumpuan mula lari dan tidak fokus, biji mata mula ke kiri ke kanan membaca nota dengan speed yang tak terkata.

Ke-chak.

Setelah dua tiga jam belajar, rebah kepalanya menyujud, melakukan solat hajat meminta pertolongan-Nya memudahkannya menjawab soalan peperiksaan hari esok hari itu (jarum jam dah melebihi pukul dua belas) namun….

Last minute.

Renungkan…

Point 1 – Usaha pada saat terakhir. Mungkin ada yang god-gifted yang mampu memahami segala perkara semalaman (sila bersyukur jika anda tergolong dalam golongan ini) namun untuk yang lain, amatlah sukar. Pisau yang telah diasah selama seminggu sudah tentu lebih tajam dari pisau yang hanya diasah semalaman. Setuju?

Point 2 – Bukan sahaja usahanya yang last minute, sujud meminta pertolongan-Nya juga last minute? Cuba bayangkan, kalaulah kita ingin meminta pertolongan manusia, adakah kita pun akan minta pada saat terakhir? Nak minta pinjam duit (yang banyak) dari kawan? Terkial-kial kawan kita tu nak keluarkan duit dari ATM yang berhampiran, itupun kalau ada ATM yang 24 jam yang available. Nak minta salin nota dari kawan? Kalau kawan tu tak tidur lagi, bolehlah pinjam (bagi pinjam pun dalam keadaan mengantuk), tapi kalau dah tidur? Lagi teruk. Nak minta kahwin? Hah, pandai-pandai lah fikir macam mana keadaannya kalau propose, esok jugak kahwinnya, esok juga akadnya, esok jugak kendurinya, esok jugak semuanya. Ni pula Allah, nak minta last-minute?

Of course lah Dia Maha Mendengar, tapi bukankah lebih elok kalau kedua-dua usaha kita dan sujud kita tu dibuat lebih awal, malahan, buat sahajalah bila-bila kita mampu. Kalau kita mampu untuk online bila-bila masa, chatting bila-bila masa, buka nota bila-bila masa, mestilah kita pun boleh berdoa kepada-Nya bila-bila masa kan?

Renungkanlah…

Wallahualam.

3 thoughts on “Study dan Sujud, Bukan Last Minute

  1. semoga kita sama2 mengingati dan memperingati sesama sendiri agar terus berjalan di jalan yg diberkati-Nya insyaAllah…

  2. subhanallah menarik,,terpukul!

  3. waduh… asyik terkena je ngan blog ni.. jzkk.. berubah moh.. KImatsu jauh lagi (ke chakk .. ) tapi kita mula dari sekarang iAllah

Leave a comment