Mengapa menulis?

.

.
Trend masa kini
Semakin banyak blog-blog tumbuh bagai pasar malam di hujung jalan semenjak dua tiga menjak ini.
Mengapa ya?
Apa yang aku nampak kebanyakannya hanyalah untuk mengekspresikan apa yang terbuku di dalam hati (sebab Twitter dan FB tak boleh tulis panjang), dan ramai juga yang inginkan populariti selebriti. Kalau tidak di alam nyata, di alam maya pun jadi lah.

Lupakan dulu blog-blog lagha yang tidak berapa nak memberi manfaat dan mari kita lihat pada perkembangan blog-blog ‘ Islamik’ ‘Agama’ ‘dakwah dan Tarbiyah’ dan yang sewaktu dengannya. Pasarnya juga tumbuh laju tidak kira malam atau siang. Perkembangan yang sangat baik dan bagus untuk dakwah kita. Untuk membawa manusia lebih dekat dengan yang Maha Pencipta

Lebih-lebih lagi dengan kemunculan blog-blog osem seperti 18kippu, APG, Muharikah, Dakwat dan baru-baru ini akan dilancarkan majalah JOM! dengan trade mark ‘Dakwah itu Mudah’ pula. Kepopularitian dan keoseman mereka menyebabkan ramai tergila-gilakan mereka, mengkagumi dan ingin jadi seperti mereka, sehingga ada yang taksub dan lupa diri sampai cakap enche Gabanna dan Akak Muharikah lebih ditsiqahi daripada naqib atau naqibah sendiri yang kurang terserlah keoseman mereka..
Ok. Terlampau Over..Kisah dongeng sahaja mungkin.
Tapi efek gelombang tsunaminya sangatlah kuat. Lihatlah budak-budak usrah zaman sekarang, habis rosak penggunaan bahasa mereka, termasuklah aku sekali terkena virusnya..

Info lanjut di http://majalahjom.blogspot.com/
Hubungi kami untuk tempahan di Jepun

Perkembangan dakwah memang memerlukan penyebaran karya-karya dan penulisan yang boleh membina biah masyarakat yang baik, di samping memberi acuan-acuan tepung penaik semangat bagi para aktivis dakwah yang malas untuk menelaah buku fikrah, tafsir mahupun sirah yang beratus-ratus tebalnya sibuk atas kekangan masa dan sebagainya. Sangat banyak manfaatnya walaupun kadang timbul juga mudaratnya

Bagus atau tidak? Terletak pada bagaimana kita memanfaatkannya.
Antara diri kita dengan Allah SWT

Bagi yang sedang menulis, ingin menulis, atau yang dah malas tulis blog-blog ‘islamik’ ini, mari lihat kembali mengapa kita sedang/ingin/dah malas untuk menulis?

Yang pertamanya aku yakin semuanya menulis berniat kerana Allah, Ingin menyampaikan kata-kata Allah walaupun hanya sepotong ayat yang tidak seberapa, mahupun hanya copy paste status FB Ustaz Zaharudin…

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

rujukan hadis 1 dalam himpunan hadis 40 imam nawawi. Mesti semua dah pernah dapat pengisiannya. Kalau belum sila join bulatan gembira di kawasan berdekatan anda…

Tetapi ada juga sebab-sebab lain yang menyemarakkan keinginan kita untuk menulis. Sama ada kita sedar atau tidak.. Lebih-lebih lagi bila semakin lama berpengalaman dan rancak dalam bidang penulisan blog ini..

Antaranya

Share pengalaman dan Luahan perasaan?

- Ingin berkongsi pengalaman suka duka pahit manis dalam D&T, kehidupan seharian, mahupun peristiwa menakjubkan.

Self Satisfaction dan Hobi?

- Minat dan ada bakat menulis, idea banyak mencurah-curah, gaya penceritaan menarik minat seluruh kampung untuk datang mengunjung. Juga untuk memenuhi kepuasan diri.

Populariti?

-  Bila dapat banyak hit dan ramai share. Sayalah penulis agung abad ini, Inche Gabanna? Siapa tu?

Hobi mengisi masa lapang?
- Daripada buat benda ‘lagha’ baik tulis blog…..

Kena paksa?
- Abang bulatan gembira saya paksa sebab tak hafaz juz 30 lagi (T_T)

Dan mungkin ada banyak lagi sebab-sebab lain.

kerana sebab-sebab inilah yang sebenarnya menentukan sejauh mana keikhlasan niat kita dan keistiqamahan amal kita.

Contohnya Share pengalaman? Kadang terlampau syok sendiri. Atau bila pengalaman dah habis cerita? Ok. Boleh tutup blog.

Hobi? Hati dah puas, buat apa tulis?

Populariti? Terpesong dari niat asal?

Situasi yang kembali menjadi persoalan setelah beberapa ketika masa berlalu pergi bersama blog ciptaan kita sendiri..
Ke mana arah perginya?
Masih di jalan yang betul atau sedikit terpesong ke tepi?
Jadi marilah merenung kembali..
Takut-takut amal kita itu, tiada makna di hadapan Allah SWT,
Tidak ubah menjadi seperti debu yang berterbangan.

MENGAPA MASIH MENULIS?

MENGAPA DAH MALAS TULIS?

Mari mencari Redha Allah
Kerana disitulah letaknya pengakhiran kita

Allahua’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s